Nak Souvenier best?

Tidak Menepati Ajaran Islam

*** Kena hati hati.. sumber Sinar Harian

KUALA TERENGGANU - Pelaksanaan dasar ajaran Jaringan Islam Liberal (JIL) dan fahaman Pluralisme tidak menepati ajaran Islam sebenar kerana ia hanya berteraskan kepada pemikiran logik.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, semua pihak diminta tidak terpengaruh dan mengikut ajaran ini kerana pada dasarnya, JIL dan fahaman Pluralisme dikatakan cantik, tetapi tidak bertepatan dengan ajaran Islam.

“Bagi pemahaman secara ringkas, pluralisme diklasifikasikan sebagai, semua agama adalah sama manakala liberal pula umumnya memandang semua perkara atau hukum dalam agama boleh dilaksanakan berdasarkan akal pemikiran.

“Kita tidak perlu mengikut ajaran baru seperti ini kerana ajaran Islam tradisi yang dibawa ahli sunah wal jemaah telah cukup lengkap, iaitu laksanakan hukum agama bukan berdasarkan pemikiran semata-mata,” katanya.

Beliau turut membuat gambaran mengenai pelaksanaan hukum agama berdasarkan pemikiran sebagaimana pernah dilakukan Amina Wadud, seorang wanita menjadi imam dan membaca khutbah Jumaat yang diadakan di sebuah gereja di Manhattan New York, Amerika Syarikat.

“Dalam hal Amina Wadud, itu salah satu contoh melaksanakan hukum Islam berdasarkan akal pemikiran manusia. Liberalisme dan pluralisme dikategorikan sebagai sama taraf dan kedua-duanya adalah fahaman baru dalam agama Islam.

“Perkara berkaitan ibadat ini tidak boleh dijadikan sebagai sesuatu yang remeh dalam kehidupan kita kerana ia boleh membawa kepada kemudaratan. Oleh itu, kita tidak perlu terikut dengan fahaman baru seperti pluralisme, liberalisme atau progresif agama,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai isu itu ketika merasmikan Wacana Isu-Isu Semasa Akidah: Pluralisme Agama yang berlangsung selama sehari di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Program itu dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Taqwa (YT), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), UMT dan Unisza

3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Nur

kalau tidak menepati, mengapa tidak diharamkan ajer

Wassalam

terokai seni said...

napa le kita ni suka ngat menda yang menyalahi ketetapan agama.kena bezakan perkara asas dengan perkara cabang dalam menetukan satu-satu isu untuk dibahaskan

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

berbalik kepada asas....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...