Nak Souvenier best?

Penawar Untuk HIV/AIDS

~Tertarik dengan berita ni. Betulke dah ada penawar untuk penyakit AIDS/HIV ni?. Bagusla kalau begitu.. Kasihan pula pada anak anak kecil yang menghidapi penyakit ni walhal bukan salah merka pun, tetapi ibubapa mereka... Terdahulu ada cerita tentang cicak tokek yang ada kaitan juga dengan penyakit HIV/AIDS ni.. Dah terbukti ke? Masa sibuk sibuk dengan cicak tokek tu, kurang menumpukan perhatian sangat.. Ada ke sesiapa boleh cerita.. Semoga kemajuan teknologi/ sains akan dapat menjumpai penawar2 penyakit yang belum ada ubatnya..

BANGALORE - Beberapa gerai di Ekspo Arogya keempat, yang bermula di sini semalam, mendakwa boleh mengubati atau mengawal HIV/AIDS, kanser dan chikungunya.

Sebagai contoh, gerai yang didirikan oleh sebuah hospital di Uttar Pradesh mendakwa mempunyai penawar kanser menerusi sistem 'Graha Shanti' yang mempermudakan sel.

Sebuah gerai lagi mencadangkan pil untuk memerangi penyakit chikungunya.

Penyelesaian untuk mengawal HIV/AIDS terkandung dalam buku kecil yang disediakan di sebuah gerai kepunyaan Majlis Penyelidikan Pusat Dalam Ayurveda dan Siddha.

Lebih 400 gerai mengambil bahagian dalam Ekspo Arogya dengan memaparkan pelbagai jenis perubatan Ayurveda -- sejenis rawatan herba purba yang bermula di India sejak 6,000 tahun lepas -- menyediakan penawar bagi senak, sakit kepala, selesema, rambut gugur dan sebagainya.

Pada masa nama-nama besar seperti Himalaya, Baidyanath, Zandu dan Arya Vaidya Sala-Kotakkal mempamerkan rangkaian produk mereka, kira-kira 80 peratus daripada gerai terbabit dihuni oleh industri berskala kecil dari seluruh India.-Bernama

6 comments:

zacky786 said...

emm pernah gak dgr psl nie ..~ hurmm

Lydia Miza said...

cicak tu???hurmm

Unknown said...

setiap penyakit ada penawarnya.. sama juga pada HIV.. perasan x,kadang2 orang tu kena HIV masa kecik,bila dh besar,doktor sahkanIV dia dah x de.. semua tu keajaiban tuhan.. Mungkin tuhan masih x nak bg penawar HIV sebab nanti org yg suka buat seks dan hisap dadah x risau n terus nk wat maksiat..

apdm said...

salam..

takutnya :)

atien said...

ALL IN ONE : Betul ka daa ada penawarnye .. Kesian spe yg ada menghidap penyakit ni kn ????

zouljb said...

Setiap penyakit ada ubat nya. Insyaallah berusaha lah. So bila dah sembuh kena lah bagi tau kawan2 yg kena HIV. Segera lah buat kebaikkan dan minta ampun banyak2 pada Allah moga terlepas dari segala seksaan dunia dan akhirat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...