Nak Souvenier best?

18SX- penyakit kelamin 1


Penyakit Kelamin

Pengenalan

Penyakit kelamin disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut). Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang berumur antara 16 hingga 24 tahun. Di antara sebab bertambahnya kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks dan melakukan seks bebas pada umur yang muda.

Tanda dan Gejala

Anda perlu berjumpa doktor jikalau anda mengalami gejala seperti: gatal, bengkak, keluaran lendir, sakit dan kemerahan di bahagian faraj atau zakar.

Chlamydia

Infeksi chlamydia selalunya tidak memberi apa-apa tanda bagi pesakit wanita, tetapi pesakit mungkin mengalami gejala yang tidak spesifik seperti radang pundi kencing, keluar lendir dari faraj atau sakit dibahagian ari-ari. Lelaki pula selalunya mengadu sakit, bengkak, keluar lendir dari salur kencing dan bengkak salur epididymis (salur dari buah zakar ke batang zakar). Penyakit ini masih boleh berjangkit walaupun gejala hilang selepas beberapa hari.

Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts)

Terdapat ketuat yang berwarna putih atau bintik-bintik putih di kawasan faraj dan kemaluan atau di lubang dubur. Tetapi majoriti pesakit tidak mengadu apa-apa gejala. Ini menyukarkan doktor untuk membuat diagnosa yang tepat bagi penyakit tersebut.

Herpes di bahagian kemaluan (Genital herpes)

Seperti ketuat, herpes selalunya tidak menunjukkan gejala. Mereka yang menunjukkan tanda-tanda penyakit akan mengadu demam, gatal, 'panas' dan bengkak di bahagian kemaluan. Kadang kala kulit boleh melepuh dan membentuk ulser menyebabkan sakit semasa membuang air kecil.

Gonorrhoea

Gonorrhoea ialah jangkitan yang melibatkan lelaki dan perempuan. Ia boleh menjangkiti kawasan kemaluan, dubur, usus atau tekak. Lebih kurang 90% pesakit akan mengadu keluaran lendir bernanah dari kemaluan dan sakit semasa membuang air kecil.

Sifilis

Gejala awal adalah pesakit akan mengadu terdapat kudis di bahagian zakar atau faraj. Kudis ini mungkin tidak sakit dan akan hilang sendiri walaupun tanpa rawatan. Kemudian, pesakit mungkin mengalami demam, menggigil dan sakit otot.

HIV

Pesakit mungkin mengadu demam dan sakit otot beberapa bulan selepas dijangkiti virus HIV ini, tetapi majoriti tidak mempunyai apa-apa simptom. Hanya ujian darah dapat memastikan samada anda dijangkiti HIV atau tidak. Ujian darah tersebut mungkin terpaksa diulang jika didapati negatif. Lama-kelamaan, sistem imuniti pesakit akan berkurangan dan beliau akan sukar melawan penyakit.

Radang salur air kencing tidak spesifik (Non-specific urethritis)

Penyakit ini menjangkiti lelaki. Antara gejala penyakit ini adalah terasa sakit semasa membuang air kecil dan pengeluaran lendir dari pangkal saluran air kencing.

Trichomoniasis

Organisma yang menyebabkan penyakit ini diberi nama Trichomonas vaginalis (TV). Kebanyakkan pesakit tidak mengadu apa-apa simptom tetapi segelintir akan mengalami keluar lendir kuning atau kehijauan, gatal dan bengkak di bahagian kemaluan. Pesakit lelaki tidak menunjukkan simptom tetapi selalu menjadi pembawa penyakit ini.

Kutu di bahagian kemaluan (Pubic lice)

Gejala termasuk gatal di bahagian kulit kemaluan. Anda mungkin juga mendapati serbuk-serbuk hitam (najis kutu) atau serbuk putih (telur kutu) di bahagian kemaluan atau seluar dalam.

Kudis buta (Scabies)

Kudis buta boleh berlaku di mana-mana bahagian badan dan juga kawasan lipatan badan. Gejala termasuk gatal (lebih lagi waktu malam), ruam dan bintik-bintik hitam.

Kulat(Thrush)

Gejala termasuk gatal di bahagian kemaluan, keluar lendir putih (seperti dadih) dan bintik-bintik keputihan di bahagian faraj atau zakar.

Penyakit kelamin boleh berjangkit melalui hubungan seks. Anda boleh mendapat penyakit ini jika anda mengamalkan atau melakukan:

  • Hubungan seks melalui faraj tanpa kondom,
  • Hubungan seks melalui dubur
  • Hubungan seks melalui oral (mulut ) atau,
  • Bersentuh dengan kemaluan mereka yang berpenyakit
  • 2 comments:

    Amir Batrisya~ said...

    mohon izin untuk perkongsian...

    peah @ peps said...

    errr..sangat mengerikan..tapi its a very good lesson for everyone...

    Peah Speaks #17: Mind, Body and Soul...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...