Nak Souvenier best?

18SX- Penyakit Kelamin 3

Rawatan

Penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik sementara ubat antiviral boleh digunakan untuk herpes di bahagian kemaluan. Ketuat di bahagian kemaluan selalunya sembuh sendiri tanpa rawatan. Kebanyakan pesakit akan meminta doktor membuang ketuat tersebut untuk sebab-sebab kosmetik. Di antara agen-agen untuk rawatan ini termasuklah cecair nitrogen yang akan membekukan ketuat tersebut.


Dalam semua kes penyakit kelamin, pasangan seks pesakit mesti juga dirawat walaupun tidak menunjukkan apa-apa gejala. Ini untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain.

Di bawah adalah rawatan-rawatan ringkas tetapi spesifik bagi penyakit-penyakit kelamin:

  • Chlamydia dirawat dengan antibiotik untuk beberapa hari hingga beberapa minggu.

  • Trichomonas vaginalis (TV): mudah dirawat dengan antibiotik.

  • Gonorrhea: biasanya antibiotik diberi untuk sekali sahaja.

  • Radang salur air kencing tidak spesifik (Non-specific urethritis) mudah dirawat dengan antibiotik tetapi boleh menyebabkan masalah kepada saluran air kencing setelah pulih.

  • Virus yang menyebabkan herpes di bahagian kemaluan boleh hidup dalam badan dan tiada rawatan boleh menghilangkannya. Tetapi ubat antiviral boleh mengurangkan simptomnya. Pesakit dinasihat mengamal beberapa amalan sihat yang boleh mengurangkan kebarangkalian virus itu kembali seperti: menghindari dari stres, banyak berehat, berhenti merokok, tidak mengambil alkohol dan tidak berjemur di tempat panas.

  • Kutu di bahagian kemaluan (Pubic lice) boleh dirawati dengan shampu khas, krim atau losyen yang boleh membunuh kutu dan telur-telur kutu.

  • Kudis buta (Scabies) boleh dirawati dengan losyen khas yang dilumur ke seluruh badan dan dibasuh 24 jam kemudian.

  • Setakat ini tiada rawatan untuk AIDS, tetapi ada ubat yang dapat mengurangkan virus HIV dalam badan dan menolong mengekalkan sistem imuniti seberapa lama yang boleh. Penyakit yang berkaitan dengan AIDS boleh juga dirawat.

  • Sifilis boleh dirawat pada peringkat awal menggunakan antibiotik untuk 2 minggu. Ia juga boleh dirawat semasa peringkat akhir penyakit. Tetapi komplikasi kepada jantung dan sistem saraf tidak boleh dirawat.

  • Kulat (Thrush) boleh dirawat dengan pesari (ubat yang dimasukkan ke dalam faraj), krim atau ubat pil makan. Lelaki selalunya menggunakan krim yang disapu dibahagian kemaluan.

  • Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts) boleh dirawat dengan menyapu ubat cecair khas atau membekukannya dengan ubat semburan. Rawatan perlu diulangi beberapa kali untuk beberapa sesi.

Pencegahan

Hindari dari seks bebas dan setia kepada pasangan anda adalah rawatan yang paling efektif dan praktikal. Penggunaan kondom juga efektif untuk menghindari penyakit kelamin. Anda digalakkan kerap menjalani pemeriksaan doktor dan mengenali pasangan anda sebelum berkahwin. Jikalau anda mempunyai simptom-simptom di atas, anda dan pasangan anda digalakkan berjumpa dengan doktor. Pasangan anda juga digalakkan untuk mendapat rawatan jika didapati mengidap penyakit kelamin.

6 comments:

☾SHiemaCMa786☾ said...

gud info~
sharing is caring..

mie said...

thankz for sharing..
heheee

peah @ peps said...

good stuff nur...toilet pun kena bersih tak...saya sangat geli utk ke toilet kat petrol pump atau shopping mall yg tak berjaga..


New Entry: 1 Utama Christmas Decoration
New Entry: Rania...Evening Click Click

nur said...

shiema- samasama

nur said...

mie- welkam

nur said...

cik p.. yup samala.. kadang niat suci murni terbantut ditgh jalan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...