Nak Souvenier best?

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dihadapkan ke Mahkamah

~Sumber Kosmo Terkini

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini.

Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – Bernama

7 comments:

ardinihumaira said...

habis la dia

Unknown said...

mcm2 la diorng ni

http://eleventx.blogspot.com/2010/12/after-tea-with-robot-apa-sudah-jadi.html

Nancypoh said...

Entah berapa ramai lagi lepas ni ya..asyik2 benda ni yg diheboh-heboh..politik oh politik.

Anonymous said...

biasalah.. apabila matlamat menghalalkan cara

Unknown said...

khir toyo kena hadapkan mhkamah ker..pergh,,nanti ramai lagi la kena heret plak~~~

Azian Elias said...

Jangan2 lepas lak nanti..

fizah said...

ohh..pasal tanah ke..td xtgk berita lak part Khir Toyo ni..hmm..mcm2 hal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...