Nak Souvenier best?

Argh! Period pain! Senggugut.. 4

Komplikasi

Physical - Infertiliti (Tidak dapat mengandung)

Mental - stres, tidur terganggu

Rawatan

  1. Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
    Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.

  2. Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
    Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.

  3. Pil perancang. Ia biasanya digunakan untuk senggugut primer untuk:
    1. Mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi.
    2. Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.
    3. Kegunaan lainnya sebagai ubat pencegah kehamilan.

  4. Penggunaan Haba.
    Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.

  5. Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation").
    Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin ini menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit berkurangan.
Apakah rawatan yang boleh digunakan untuk Senggugut Sekunder?
Perubatan yang digunakan adalah bergantung kepada sebab Senggugut Sekunder dialami. Sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya

7 comments:

Afuan Shah said...

kalau boleh jgn guna pain killer k...
it will effect ur kidney in future...

Unknown said...

ubat pain killer mmg ade effect,,,huhu

atien said...

nur :btl 2 .. ubat pain killer mmg de effect .. good info tq nur .=)

tiey said...

uhuh..jgn la amalkan ubat-ubatan ni..takot efek jangka panjang.
saya seorang pesakit senggugut yang tegar...hahah!
baru2 ni mak saya ade share petua kalo senggugut, die suh minum air asam jawa campur gule merah/gule melaka. try lah! mudah2an berkesan. nway, pesakit senggugut, byk2 minum air, kurangkan minum air sejuk! =)

Mr. Swift said...

Hye selamat berkenalan dan singgah sini!
Nanti jenguk Ide pula kalau free time. :)
Btw polo anda sebab entri last cambest je.

Macam Mana Nak Jadikan Blog Anda Aplikasi Telefon Dalam 2 Minit Percuma Anda Pasti Suka!

Diyana Amira said...

tips yg sgt berkesan

Sheherazade said...

pai penah kena,tapi tak kerap

doc cadangkan mkn EPO,Evening Primrose Oil

Bgs utk kulit juge

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...