Nak Souvenier best?

Berdoa.................................

~Hari Jumaat ni nak berkongsi petikan dari mstar..


Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”

(Muslim)

Huraian:

Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya.

Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya.

Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui.

4 comments:

amirah said...

betul..sememangnya Allah Maha Mengetahui

teratai said...

salam nu,

Allah akan memberi/menghadiahkan yg terbaik kpd makhlukNya. Sebab itu, kita tidak perlu berputus asa berdoa..

Pija Madzlan said...

Allah bukan saja akan beri yang terbaik kepada hambaNya, malah akan berikan benda yang terbaik di masa yang terbaik juga!

Elly Emmy said...

betul tu... kerana Allah adalah Pencipta dan hanya Dia yang berhak memberi atau sebaliknya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...