Nak Souvenier best?

Hadiah RM 50, 000 dan Bakteria E. coli

HULU TERENGGANU: Air Tasik Kenyir di sini, disahkan dicemari bakteria e-coli serta berada pada tahap membimbangkan berikutan pembuangan sisa kumbahan dan air buangan oleh pengusaha rumah bot yang menjadikan tasik buatan itu sebagai lokasi mencari rezeki.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata, kebanyakan rumah bot menggunakan mangkuk tandas jenis cangkung dengan sistem ‘flushing domestik’ manakala air buangan daripada sinki dapur yang mengandungi minyak masak serta sisa makanan dibuang terus ke dalam tasik.

“Kajian dilakukan Universiti Malaysia Terengganu mendapati berlaku peningkatan bakteria e-coli dalam air di tasik itu dan ia boleh menjejaskan sumber dan hidupan air di situ.

“Berdasarkan hasil kajian itu, kita akan membina tandas dan menyediakan sistem buangan sisa lebih sistematik percuma kepada 37 rumah bot sedia ada serta mewajibkan rumah bot baru menyediakan sistem air buangan sebelum lesen dikeluarkan,” katanya pada sidang media sempena pertandingan memancing Kenyir Cup 2010 di Pangkalan Gawi di sini, semalam.

Pertandingan memancing Kenyir Cup membabitkan 60 peserta dari China dan 20 peserta tempatan diadakan selama tiga hari mulai esok menawarkan hadiah keseluruhan RM50,000.

Hadir sama pada majlis itu Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Hamzah Ngah dan Timbalan Pengarah Tourism Malaysia negeri, Zaini Sulaiman.- metro

~Harap- harap peserta peserta Kenyir Cup ni nanti tidak akan mendapat jangkitan Bakteria e. Coli ni.. Kalau tak, tak harum nanti nama negara kita.. Sama sama menjaga kesihatan.. Siapa yang dah pergi Tasik Kenyir ni?. Best tak?.. Cuti cuti Malaysia kat mana ye?

6 comments:

faizalnizam said...

bahaya tu.. dah menang duit takut kena penyakit plak. alih2 duit abis buat berubat... hurmmm.

teratai said...

Salam nur, sedih apabila ada pihak yg x tahu menghargai keindahan alam sekitar.Bila dah tercemar, semua lepas tangan!

peah @ peps said...

Alamak bahaya ni...red Alert!! baru ingat nk cuti2 terengganu..

Money: We have purchased Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

nur said...

fyzal- betul tu.. nanti duit abis gitu jek

nur said...

teratai- ye, bila dah tercemar nanti, dpt penyakit baru nyesal..

nur said...

cik p.. ye.. berhati2.. tempat lain oke kot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...