~lepas ni kena hati-hati.. kalau nak g klinik tu kena cek dulu sijil doktor tu.. manatau palsu.. isk.. bahaya..
KLANG - Kalau bukan kerana mencabul seorang pekerja, rahsia seorang bekas tentera yang menyamar sebagai doktor pasti tersimpan rapi.
Bayangkan, selama hampir tiga tahun 'berkhidmat' di tiga buah klinik di Klang, Rawang dan Batang Berjuntai, Kuala Selangor, dia yang tidak mempunyai kelayakan untuk bergelar doktor telah melaksanakan tugas menyambut kelahiran sebanyak sembilan kali.
Suspek, 41, yang kononnya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Perubatan (MBBS) dari Turki terus memperdaya majikannya dengan menggunakan gelaran Doktor Helmi Abdul Hamid.
Bagaimanapun, semua itu terbongkar apabila dia sebenarnya hanya memiliki Diploma Perubatan selain pernah bertugas sebagai pembantu perubatan tentera sejak 1988 di Melaka sebelum berhenti pada 2006.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, pihaknya membongkar penyamaran doktor tersebut selepas melakukan semakan dengan Lembaga Perubatan.
~kosmo
20 comments:
kes berat nih..semua org kene berhati2 skrang nih..macam2 hal
TERBARU: Keputusan Penuh Piala AFF Suzuki Malaysia vs Indonesia 1-5 (1 Disember 2010)
huhuhu~doctor pun ade yg fake..
ishh...seramnya... semua tu area2 kawasan kampung saya tu... klinik mane la tu agaknya yer...
ya Allah..
kenapalah klinik tu tak semak betul2 kelayakan dia?
uish .. enchik baca entri ni pun seram sejuk ..
huish bayangkan , doktor langsung yang tidak bertauliah ni telah menyambut kelahiran ..
ish ish .. kalau enchik .. risau dah ..
isy bahaya tol..kalo melayang nyawa orang camne..menakutkannn..
tak percaya betul, berani betul Dr Paslu tu, bukan ke melibatkan nyawa org!
doktor mamak ka nie???hahaha~~~gatai noo mamak nie.....
huisshh bahaya nih..
tak baik tau tuduh mamak
huhuhu..mudah3 je kan org skrg..xpk baek buruk..naseb tak tersalah bg ubat ke ape..huhu
uiiisssshhh.....bahaye betoi le sekaghang ni...doktor pun doktor palsu.....ingat Malaysia je yang bagi haghapan palsu macam semalam..... mule2 macam konpiden bulih menang ....sebab skor dulu...sudahnye..... kene 5 bijik....errr...ape awok ceghite ni???
nur,
tak dpt dibayangkan die leh sambut seramai 9 kelahiran...hebat gak dokter auta nih..heeee
hurmmm takut lah..byk kes2 rogol pulak..adesss jahat gile
salam
hmm,tu la mcm2 pekara blh berlaku
hati2..semoga kita dilindungi
macam2 hal..bahaya betul.
erkk..bahaya nihh..hehe, salam tuan, ada award dan tag utk blog anda di DTS - http://tiffinbiru.blogspot.com sudi2kan lah, terima kasihh..
Ni macamana leh ada org2 camni kita tak boleh nak prasan dari awal yee...
Dimanakah silapnye...? (Gaya soal cam Edisi Siasat) :)
eee ngerinya
Allah nak tunjuk sebab dia dah buat kerja haram (menyamar & menipu)
Post a Comment