Nak Souvenier best?

WikiLeaks Tu Apa Ye?

Semenjak kebelakangan ni selalu je ternampak, terdengar tentang WikiLeaks ni. Mula - mula tak berminat sangat. Kalau tengok dari perkataannya ala ala wikipedia. Jadi, hari ni dalam paper banyak kali pula disebutnya WikiLeaks ni. Untuk tidak menjadi seperti 'putera katak' (ala ala slot lagenda tv3) tu.. Berusaha la sikit untuk mencari apakebenda la WikiLeaks ni.. Bagi yang dah tahu, jangan gelakkan ye sebab yang tak tahu ni baru nak tahu..

Jadi, telah me'wikipedia'kan WikiLeaks itu dan hasilnya:

Wikileaks ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertapak di Sweden[3] yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit yang didapati daripada sumber-sumber yang tidak diketahui dan maklumat Internet yang dibocorkan. Tapak webnya dilancarkan pada tahun 2006 dan dikendali oleh The Sunshine Press.[2] Pertubuhan ini mendakwa ia diasaskan oleh para penentang politik China, wartawan, ahli matematik dan ahli teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan.[2] Menurut rencana akhbar dan majalah The New Yorker (7 Jun 2010), seorang wartawan dan aktivis Internet berbangsa Australia bernama Julian Assange adalah pengarahnya.[4] Setahun selepas dilancarkan, tapak ini mengaku menyimpan dokumen melebihi 1.2 juta.[

Baru la tahu sedikit sebanyak tentang WikiLeaks. Kenapa pula tiba tiba je WikiLeaks ni glamer?
Jom baca

Pada April 2010, WikiLeaks menghantar video serangan helikopter 2007 di mana orang awam Iraq dan kakitangan Reuters dibunuh oleh tentera A.S., di sebuah tapak web yang dipanggil Collateral Murder. Pada Julai pula, WikiLeaks mengeluarkan Diari Perang Afghan, susunan lebih 76,900 dokumen risikan A.S. mengenai Perang Afghanistan.[6]Pada Oktober tahun yang sama, tapak web ini mengeluarkan pula hampir 400,000 dokumen yang dipanggil Log Perang Iraq dengan kerjasama pertubuhan media komersil utama. Seterusnya pada November, ia mula membocorkan lebih 250,000 kawat diplomatik A.S., sekali lagi dengan kerjasama beberapa pertubuhan akhbar komersil utama.[7][8] Sekitar 100,000 dilabel "sulit" manakala ~15,000 dokumen lagi dilabel "rahsia".[9]

Itu sahaja buat setakat ini (macam tulis surat pula..) At least, bila ada yang bertanya nanti, idokle hamba ni bak katak yang dinyatakan tadi...

6 comments:

Sheherazade said...

pd pendpt pia,"bocor" ni dah mcm jd mami jarum

mcm nak melaga2 kan negara,agenda nak alih perhatian dunia supaya tak kritik kuasa2 besar dunia?

pendapat picisan hamba sahaja hehe

Kie-yu said...

gud info :)

nur said...

pia.. hmm.. ideologi pia yang bernas.. bukan picisan

nur said...

kie-yu
to share..

Ce'gu JAERA said...

baru ja semalam keluar isu pasal WikiLeaks ni... then melalui entri di blog ni baru aku paham apa itu WikiWikiLiks ni... hihihi.
Thanx, gud info for sharing

Aida Tamrim said...

Ooo...itu rupenye wikiLeaks yg diaorg dok sbuk2 kat brite tu yee...Barulah akak tau...Mekasih Nur!! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...