Nak Souvenier best?

14 Februari, Valentine's Day? Leftenan Adnan Day?

Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915.

Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.

Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.walaupun leftenan adnan terkorban,namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh leftenan adnan dan regimennya.

~Ini yang patut diketahui.. Bukannya Valentine's Day ye..

klik klik klik


5 comments:

Mama Zharfan said...

thanks for this entry :)

Miecyber said...

Tak sangka hari ini hari kelahiran Leftenan Adnan...

Bahana Valentine Day

whitecappuccino said...

baru tengok..akak buat entri yg sama jugak :)

Rozali said...

Assalamualaikum Nur

Al Fatihah untuk Lt Adnan

Wassalam

Eera Shera said...

oh baru tau hari ni hari kelahiran dia..alfatihah..mintak share article ni ek ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...