Nak Souvenier best?

Cerita Maut: AstroRIA.

~Melayan cerita ni kat Astro Ria..Ambil pengajaran.. SALAM MAWLID NABI BUAT SEMUA KAWAN KAWAN ALL IN ONE..

Kisah pertama menceritakan mengenai Su (Liyana Jasmay) dalam perjalanan pulang dari universiti lalu menemui seorang gadis, Fadilah (Noreminadiya). Fadilah meminta pertolongan Su untuk tumpang berteduh di rumahnya dan Fadilah telah diragut. Fadilah menghilangkan diri keesokan harinya, sementara Su mendapati berita kehilangannya terpapar di televisyen. Su menyiasat tentang Fadilah dan menemui mayatnya serta mendapati yang mendatanginya sebelum ini ialah roh Fadilah yang meminta tolong.

Kisah kedua mengenai Farah (Sabrina Hassan), seorang pramugari mengamalkan gaya hidup bebas dan maksiat yang berkahwin dengan lelaki Inggeris, Duke (Mohamad Bathich). Ketika di parti meraikan perkahwinan mereka, Farah mendapati Duke intim dengan wanita lain dan bergaduh besar. Farah yang dalam kebingungan pengsan ketika menuju ke masjid. Umie (Diana Danielle) yang juga hidup dipenuhi kemaksiatan membawa Farah ke hospital. Setelah sedar, Farah menceritakan apa yang dilaluinya ketika dalam keadaan koma kepada Umie. Dia telah diseksa di suatu tempat yang digambarkan seperti neraka. Umie kemudiannya insaf dan Farah kembali ke pangkuan suaminya.

Kisah ketiga pula adalah mengenai JJ (Que Haidar) yang memuji-muji muzik black metal dan telah hilang pegangan agamanya. JJ yang badannya dipenuhi tattoo dan mempersoalkan kesucian Al-Quran terlibat dalam sebuah kemalangan dan cedera parah. Ajal menemui JJ dan proses pengebumiannya diganggu dengan perkara-perkara seperti kerosakan van jenazah, liang lahad dipenuhi air, dan hujan lebat yang merumitkan. Beberapa hari selepas dia dikebumikan, tanah kuburnya pula mendap.[3]

3 comments:

Mat Ganu said...

nice story...salam mawlid nabi jugak...^_^

azzey said...

Cerita ni mmg sarat dgn pengajaran...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kene tgk nieh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...