Nak Souvenier best?

pil pelangsing 1

Pengenalan

Pil pelangsing dan produk untuk menguruskan badan boleh dijual sebagai ubat OTC (over-the-counter) atau diperolehi sebagai ubat preskripsi.
Kebanyakan ubat pelangsing dikatakan berkesan tetapi ia tidak disokong oleh sebarang data saintifik. Selain mengambil produk menguruskan badan , diet dan senaman yang bersesuaian perlu diamalkan. Sebahagian daripada produk ini adalah berasaskan herba.

Terdapat beberapa jenis ubat preskripsi yang boleh merawat obesiti atau berlebihan berat badan .

Produk OTC

Pil pelangsing boleh dibeli tanpa preskripsi dan anda disarankan untuk mengambil diet yang rendah kalori dan sentiasa melakukan senaman. Kebanyakan pil pelangsing tidak mempunyai maklumat yang lengkap mengenai kandungan bahan didalamnya dan bagaimana ia dapat membantu dalam mengurangkan berat badan. Ianya juga adalah mahal.

Apabila Mengambil Pil Pelangsing Otc/Produk Menguruskan Badan

  1. Semak sama ada produk yang hendak dibeli adalah berdaftar dengan pihak berkuasa (www.bpfk.gov.my).
  2. Sesetengah produk (termasuk produk herba) boleh menyebabkan kesan yang memudaratkan. Oleh itu, sila pastikan anda tidak mempunyai masalah kesihatan jika ingin mencuba produk-produk tersebut.
  3. Baca label dengan berhati-hati dan jangan ambil ubat lebih daripada dos yang ditetapkan.
  4. Produk ini dikategorikan sebagai produk OTC, tradisional dan kosmetik. Oleh itu, beberapa kenyataan seperti “menghalang lemak daripada diserap” atau “mempercepatkan metabolisma” adalah tidak dibenarkan. Jika terdapat kenyataan ini dinyatakan pada label atau sisip bungkusan, sila laporkan pada pihak berkuasa.
  5. Ephedra adalah herba yang biasa digunakan dalam produk menguruskan badan tetapi telah dilarang penggunaanya kerana ia menyebabkan kesan yang tidak dingini. Terdapat kenyataan yang menyatakan produk herba bagi mengurangkan berat badan adalah selamat . Oleh itu, berhati-hati dengan produk yang disarankan oleh rakan anda yang mengatakan produk tersebut adalah selamat dan berkesan.
  6. Elakkan produk menguruskan badan yang :- - Menjanjikan penurunan berat badan yang mendadak dan keputusan yang mengagumkan. - Mencadangkan anda tidak perlu menukar diet ataupun bersenaman. - Tidak memberikan khidmat nasihat pemakanan dan menggalakkan anda untuk makan apa sahaja.

11 comments:

beaty said...

x pernah lagi makan pil pelansing ni

Kakzakie said...

Salam nur,

Takut kakak nak ambil pelangsing. Banyak cerita yg risikonya negetif. Kalau macam Erra Fazira, Amy Mastura, Ziana Zain tu kakak rasa tak bimbang sangat. Guan alat bukan makan pil....

Adzriel AB said...

sejak anak sulung lagi saya makan jamu je. bukan spesifik utk kuruskan badan, tetapi kawal pemakanan juga. mcm supplement.

http://adzrienshoppe.blogspot.com/search/label/Jamu%20T.Warisan%20Anggun

Nancy Poh said...

Gua pun tak pernanah try ambik pil..minum herba selalu lah..

Cerita Panggilan Kecemasan 911<br

MY SouL My HeArt said...

tak perlu makan pil pelangsing.. beriadah.. berdiet sihat pun dah cukup.. :)

bunga said...

kena berpada2..

Biela Sapine said...

Takut effect dia je ubat pelangsing ni.

amirah said...

tkut nk mkan. kalau nak kurus pun cuma boleh control makan je

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bersenam adalh yg terbaek...

sicomot-comel said...

pil pelangsing??
perlu ke?

alaaa..
bersenam ngn mengamalkan diet yg seimbang sudeh..

azam aziz said...

sedap ke pil pelangsing???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...