Sembahyang Jumaat
Sembahyang Juma‘at telah difardhukan di Makkah sejurus sebelum Nabi berhijrah ke Madinah. Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam juga menegaskan dengan sabdanya: “Sembahyang Juma‘at adalah tanggungjawab yang wajib ke atas setiap orang Islam.”
Syarat Wajib Juma‘at
-
Mukallaf, iaitu seorang yang beragama Islam, baligh dan berakal.
-
Kemerdekaan yang sempurna. Hamba tidak diwajibkan Juma`at.
-
Lelaki, ia tidak diwajibkan ke atas wanita kerana mereka sibuk dengan anak-anak dan urusan rumahtangga, seterusnya menimbulkan kesulitan kepada mereka.
-
Sihat tubuh badan, tidak sakit yang memudaratkan.
-
Bermukim di tempat Juma`at didirikan.
3 comments:
nice info....!!!
jom solat jumaat,,,
Thank you, that was just an awesome post!!!.....
Post a Comment