Nak Souvenier best?

Kaitan Zizan Dan Dira?

~Dah terjawab la teka teki ni kan.. Punye la awal-awal tu menafikan.. okela tu..Bagi nafas baru kat Melodi pula..

KUALA LUMPUR – Desas-desus mengenai Zizan Raja Lawak, 27, dan Dira Abu Zahar, 27, bakal menjadi pengacara rancangan hiburan sensasi Melodi ternyata benar setelah pengurusan TV3 mengesahkannya semalam.

Penerbit Melodi, Azman Abd. Ghafar berkata, pemilihan Zizan dan Dira dibuat bagi menggantikan Fara Fauzana dan Wahid Senario yang sudah enam tahun mengendalikan rancangan itu.

“Tidak dinafikan kehebatan dan keserasian gandingan Fara dan Wahid sepanjang enam tahun mengacarakan Melodi, tetapi kami merasakan pertukaran pengacara adalah salah satu langkah strategik yang wajar dilakukan.

“Kami yakin dan percaya dengan bakat yang dimiliki oleh Zizan dan Dira serta gandingan mereka berdua mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Bagaimanapun tegas Azman, dia tidak mahu penonton setia rancangan tersebut salah faham dan menganggap telah timbul masalah di antara pihak penerbit dengan Fara dan Wahid.

9 comments:

kay_are said...

owh.. melodi nye pengacare baru ke.. wat terkejut je ni.. huu

Unknown said...

bila diaorang start? nak kena tengok gak sekali nih... harap2 lebih mantap...

Unknown said...

wlcome zizan n dira..

ehda said...

yeke...xsabar nk tgk diowg mngecara. hope sensasi mcm melodi jgk la ^_^

azzey said...

Adakalanya perubahan itu perlu...

p/s: x sbr tunggu zizan jd pengacara. best! HB utk nur...

MiYOKO SuKi said...

“Things are going to be different - they have to be”

Razis Hamit said...

kena ade nafas baru sebab melodi semakin banyak persaingan.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

wahid tue patut awal2 blah....

Urology Surgery in India said...

Thanks for sharing post – much appreciated and now following you! Looking forward to your Post....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...