Nak Souvenier best?

Kepulangan Yang diNanti Dari Mesir.

~Bila tengok videoklip yang last sekali masa Buletin Utama malam tadi, memang tersentuh juga la hati nurani ni.. 'Dalam Hati Ada Taman'.. Mana taknye, kumpulan pelajar Malaysia yang baru tiba dari Mesir disambut oleh ibubapa mereka.. Lepas tu pula tambah sayu bila berkumandangnye lagu Alhamdulillah by Maher Zain tu..(Betulke tajuknye?.).. Apapun, praise to Allah...

SEPANG – Operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi ,Ops Piramid merupakan misi untuk kepentingan negara dan bukannya berasaskan pertimbangan politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan berbuat apa sahaja bagi menyelamat dan membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir ekoran keadaan yang tidak menentu di negara itu.

“Kerajaan mengambil keputusan dalam apa jua keadaan kita akan melancarkan misi menyelamat pelajar-pelajar dan warga Malaysia.

“Misi ini untuk kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali dan tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka mesti diselamatkan dengan kadar segera,” katanya.

8 comments:

Kakzakie said...

Salam nur,

Kakak semalam tak kerja. Dengar radio Aznil buat liputan di KLIA. Bila ada seorg ibu ditemuramah dgn sebak kakak pun turut merasa. Tambahan dengar sorang2. Sayunya rasa. Itu belum melihat wajah baru dengar je....

Moga mereka semuanya selamat. Masih ramai di sana lagi.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

syukur mereka semua selamat dan terima kasih kpd kerajaan yg membawa mereka pulang...

Anisa Hang Tuah said...

alhamdulillah
mereka berjaya kembali semula ke Malaysia..

(:

Mohamadazhan hjDesa said...

salam kak nur, alhamduillah :) kisah Mesir membawa satu sejarah untuk para pelajar Malaysia di sana. Detik cemas yang dilalui mereka merupakan sebahagian kecil penderitaan rakyat Palestin yang ditindas oleh kerajaan Mesir yang zalim.

atty's said...

salam..syukur mereka semua selamat pulang..

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

Syukurr..semuanya pulang dlm keadaan selamat...ibu dan ayah pun leh rasa lega skit..sian lak tgk diorg masa aritu kan..semoga kat Mesir sana kembali tenang

Jom mai singgah my blog....klik je link mummylovers blog ini

noraim said...

alhamdulillah, semuanya dah slmt smpi :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

alhamdulillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...