Nak Souvenier best?

Minyak Naik , Kadar Tol Diskaun.. OK la kan?

KAJANG - Sebanyak 24 syarikat konsesi lebuh raya menawarkan diskaun kadar tol sempena sambutan Tahun Baru Cina Khamis ini berbanding 17 syarikat tahun lalu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pemberian diskaun tol itu adalah antara lima hingga 37.5 peratus pada Khamis dan Jumaat ini.

Shaziman berkata, bilangan syarikat bertambah kerana mereka mulai sedar mengenai tanggungjawab sosial korporat kepada pengguna selain sebagai hadiah sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Menurutnya, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) memberikan diskaun sebanyak 20 peratus untuk pengguna kad Touch N Go dan PLUSMiles jika menggunakan lebuh raya itu mulai 7.01 pagi hingga 11.59 malam pada Khamis dan Jumaat ini.

"Pemegang kad yang menggunakan PLUS mulai 12 tengah malam hingga 7 pagi hari yang sama pula akan diberikan diskaun sebanyak 30 peratus," katanya.-Bernama

~Okla kan tu,ada timbal balik..Rasa rasa kawan kawan la kan... Oke ke camtu.. Minyak naik harga dan tol diberi diskaun?..

12 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

rakyat didahulukan...

DKosongLapan said...

tak ok...sebabnye diskaun tu sempena tahun baru cine je.....minyak naik rege tu...payah dah nak tughun......jadinye takde timbal balik punnnn

Rozali said...

Waalaikumusalam Nur

kita selalu terkena sogokkan/sale/mudah lupa
diskaun 1% kauk semula 99%

bukan marah tapi geram...he he

terima kasih
Wassalam

cte said...

minyak naik lagi!!! bulan lepas baru naik, pas ni naik apa lak plk...dh 2 hari x kuar rumah..save minyak...

af3b_p!LaH said...

DISKAUN tu last for this CNY saje kan?

minyak tu? last for? FOREVER.

matila~~

bunga said...

ok ke??tapi bunga xperlu byr tol..

Nora Shahaira said...

tak terasa sangat pasal jarang isi minyak n byr duit tol..hahahah

Mama Zharfan said...

lg 2-3 bln naik lagi kot gamaknya

tol tu bkn all the time diskaun

kat UK tak de tol yer--kononnya msia nak jd negara maju--iyolah tu..negara maju versi msia syok sendiri ler jwbnya

Nadhirah-chan said...

minyak naik harga , orang naik minyak . pehh semua nak naik . hadohh .

Ct Arina said...

salam kenal nur^^

acul said...

setiap yg naik tu mesti ada yg lain yg turun.

ardinihumaira said...

dni tak ado tol tapi bab minyak terasa gak ni. isk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...