Nak Souvenier best?

pil pelangsing 2

Ubat Preskripsi

Terdapat 2 jenis ubat preskripsi yang boleh digunakan untuk merawat obesiti:

  1. Ubat antiobesiti (AOM) yang bertindak pada saluran gastro usus (GIT) iaitu:
  2. Ubat yang mengurangkan selera makan iaitu:

Obesiti dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan dan perubatan. Ini termasuk penyakit kencing manis (diabetes mellitus), sakit sendi dan penyakit kardiovaskular. Rawatan utama obesiti adalah pemakanan atau diet yang bersesuaian dan meningkatkan aktiviti fizikal .

Ubat antiobesiti hanya dicadangkan untuk individu yang mempunyai jisim berat badan BMI (Body mass index ) 30 kg/m2 atau lebih. Penggunaan ubat ini juga adalah bersesuaian jika BMI adalah 27 kg/m2 atau mempunyai faktor risiko seperti penyakit kencing manis, darah tinggi serta penyakit jantung dan ini bergantung kepada saranan daripada doktor.

Pemantauan perlu dilakukan pada individu yang mengambil ubat untuk menurunkan berat badan. Rawatan perlu dihentikan jika berat badan berkurangan sebanyak 5% selepas 12 minggu atau individu mengalami
kenaikan berat badan semasa rawatan.

Maklumat Am

Ambil ubat seperti yang telah diarahkan. Jangan ambil dos yang melebihi atau kurang dari yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Sila ikuti arahan pada label ubat dan bertanya pada doktor atau ahli farmasi jika terdapat sebarang masalah.

Kaedah Penyimpanan

Simpan ubat di dalam bekas asal dan tutup dengan ketat. Simpan pada suhu bilik, jauhkan daripada kanak-kanak, suhu dan kelembapan yang tinggi, Buang ubat yang telah rosak dan tamat tarikh luput. Sila bertanya pada ahli farmasi bagaimana untuk membuang ubat dengan cara yang betul.

5 comments:

ardinihumaira said...

ubat ni kalo terlebih ambil memang bahaya...

Anisa Hang Tuah said...

teringin gak nak amil pil pelangsing
hehe

kemei said...

uit..blh mkn ke?
x de effct gmuk ka?

Nora Shahaira said...

akak nora besar, takut aa nak ambil ubat cenggitu..pasal masalah besar akak nora ialah...
'akak nora suka makan..' muahaha..nanti akak nora gi senam angkat berat..haha

Akak klik HB..pi klik akak punya balik ya...hahaha

kay_are said...

kalau makan pil ni, mau tinggal tulang. sekarang pun terlebih slim.. cane nak naik berat?? T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...