Nak Souvenier best?

Susulan Ahmad Dhani pengetua AF9,

Ramli MS lebih terbuka

Sedikit berbeza bagi pandangan pemuzik terkenal Datuk Ramli Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli MS, masyarakat perlu memberi peluang kepada Dhani untuk melihat sejauh mana kehebatannya menjadi pengetua dan mengajar pelajar-pelajar AF, mengenali industri seni tempatan.

Usah perlu merungut, bekas pengetua AF2 dan AF6 itu meminta agar masyarakat menganggap Dhani sebagai produk import yang dibawa ke pasaran tempatan, seperti produk-produk import lain yang dibawa masuk ke negara ini.

Kemudian, lihat saja hasil yang mampu diberikan oleh produk import tersebut (Dhani) , adakah dia mampu memberi satu kelainan pada AF9 yang terakhir itu.

“Secara realistiknya, yang menjadi tukang bayar bukannya orang luar, tetapi Astro. Jika keputusan yang dibuat ada kesan positif, maka positiflah program itu dan jika negatif, maka ia negatiflah.

“Kita tidak boleh menilai sama ada seseorang itu layak atau tidak. Jika Astro mengambil orang luar seperti pemuzik hebat AR Rahman sekalipun, masihkah ada rungutan daripada pihak luar?

“Cuba luaskan pandangan dan jangan anggap dia sebagai Dhani, tetapi seorang pengetua import yang bakal membawa perubahan dalam AF tersebut.

“Kalau dah kata import, selalunya produknya semestinya bagus bukan? Justeru itu, pelajar-pelajarnya nanti juga mendapat pelajaran daripada ‘barangan import’.

“Justeru itu, jika Dhani tidak menunjukkan prestasi yang bagus, masa itulah kita baru boleh hentam. Jadi, buat masa ini, kita hanya perlu sabar, tunggu dan lihat,” katanya.

Bagi Ramli, keberanian Astro membawa perubahan dalam industri tidak salah, asalkan ia memerlukan sikap keterbukaan minda dan asas ilmu muzik agar ia tidak terpesong daripada landasannya.

Bagaimanapun, cabaran menjadi seorang pengetua bukannya mudah kerana ia langsung tidak sama seperti seorang komposer yang duduk dalam studio dengan menerbitkan album.

Sebab itu kata Ramli, sukar untuk mengagak kebolehan seseorang pemuzik untuk menjadi pengajar kerana ia merupakan situasi yang sangat berbeza.

“Kita tidak tahu sama ada dia (Dhani) boleh mengubah industri muzik tempatan atau tidak. Dia memang seorang komposer yang hebat, tetapi perlu diingat, menjadi seorang pengetua bukan seperti menjadi seorang penerbit album kerana ia merupakan senario yang sangat berbeza.

“Bukan sekadar ilmu muzik yang perlu diajar, tetapi dari segi budaya, adat, tatasusila dan banyak lagi perlu difahami oleh seorang pengetua.

“Tambah pula, pengetua tersebut bukannya bekerja seperti biasa yang sering dibuatnya sebelum ini, tetapi mereka perlu melatih pelajar seperti kanak-kanak yang baru masuk tadika, agar mereka faham turun naik perjalanan seni tempatan,” katanya

~sumber mstar,
apa pendapat kawan kawan semua,

6 comments:

lady-D said...

x sbr nak tgu AF9 sbb last pnye kan + pengetua pun import mari..hehe

ijam ismail said...

last eh..huhu...best2..

Miss PIJAOSIX said...

yang last eh? bagus2....menyemak sangat AF nih..

Lelaki Ini said...

KITE TUNGGU DAN LIHAT!!

yang penting motif utama AF didahulukan!

go AF!

hahahaha!XD

Tinta Emas said...

anak2 cukup suka tgk AF...pengetua luar negara ke dlm negara ke, tak kisah...yg penting keperibadian pengetua...kalau x elok, pelajar pun akan ikut lak...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

always Af....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...