Nak Souvenier best?

warnakan rambut... 1

Apakah pewarna rambut?

  • Pewarna rambut digunakan untuk menukarkan warna rambut.
  • Pewarna rambut boleh dibuat daripada bahan semulajadi atau terbitan sintetik.
  • Pewarna rambut yang didapati di Malaysia adalah produk yang telah didaftarkan dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (www.bpfk.gov.my) yang mempunyai nombor pendaftaran 'NOT' dan diikuti dengan 8 digit nombor dan abjad 'K'; contohnya NOT08154562K.

Bagaimana pewarna rambut bertindak?

  1. Pewarna rambut sintetik
    • Ia adalah pewarna rambut berasaskan bahan kimia yang akan membuka lapisan kutikel di lapisan luar helaian rambut dan akan menyerap masuk ke dalam helaian rambut.
    • Lapisan kutikel ini akan tertutup semula apabila proses mewarna rambut selesai.
    • Sekiranya proses mewarnakan rambut dilakukan terlalu kerap, kutikal rambut tidak akan tertutup dengan sepenuhnya dan ini akan menyebabkan helaian rambut menjadi mudah putus.
  2. Pewarna rambut semulajadi
    • Pewarna rambut berasaskan bahan semulajadi akan menyelaputi lapisan luar helaian rambut dan tidak menembusi masuk helaian rambut.
    • Warna yang terhasil adalah kombinasi warna asal rambut dan pewarna yang digunakan.

6 comments:

ardinihumaira said...

guna inai je :D

DKosongLapan said...

awok cik nur....
Mem awok peghenah mintak nak kaler ghambot....tapi awok tak bagi.....tak kighe le pewarne tu kate halal ke idak....still awok tak bagi...sebabnye...awok suke ghambot die yang asli..... hehehe....

Adzriel AB said...

wow...hubby bising nanti..ha..ha..

Kakzakie said...

Semasa arwah MIL kakak ada dia selalu inai rambut kerana nak elakkan sakit kepala. Anak-anak suka sebab rambut neneknya macam rambut mat salleh.... Rambut beruban jadi oren tapi kalau rambut hitam tak nampak sangat kesannya...

Nurul Afifah Addnan said...

xyah dye..kan senang.~~

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

hitam itu menawan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...