"Raub yang terkenal dengan pengeluaran emas sejak satu abad lalu masih mempunyai simpanan emas yang berpotensi untuk diteroka.
"Oleh itu, pelaburan akan ditambah bagi meningkatkan usaha cari gali dan melombong," katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina 1Malaysia RAGMSB di Dataran Raub di sini.
Lombong Bukit Koman dianggarkan memiliki kira-kira lima juta auns simpanan emas dan ia mampu memberi hasil selama lebih 30 tahun bergantung kepada daya pengeluaran.
Namun, nilai emas yang dilombong melalui loji yang menggunakan kaedah bawah tanah dengan teknologi Carbon-In-Leach (CIL) di Bukit Koman itu untuk sepanjang tempoh berkenaan hanya boleh ditentukan mengikut pasaran semasa.
2 comments:
wah..saya dari RAUB..mmg byk lgi emas..tpi x semudah itu nk masuk dalam tmpt lombong emas tu...hahha
ayohhh reramai...
hehehe...
Post a Comment