Nak Souvenier best?

Sinopsis Panca Delima bukan Sinopsis Sakti Delima.

Sinopsis:

TERATAI tinggal bersama bapanya (Karma) beserta dua orang kakak tirinya (Tanjung dan Anggerik) di sebuah rumah di pinggir hutan. Teratai sering diseksa dan didera oleh kedua-dua orang kakak tirinya itu tetapi Karma sangat menyayanginya.

Pada suatu malam Teratai bermimpikan ibunya (Puspa Anggeriani) yang telah meninggal dunia dan memberitahunya supaya kalong Panca Delima yang sedang dipakainya dijaga baik-baik kerana ia sangat berhikmat dan boleh menolongnya.

Suatu hari ketika Karma pergi memotong kayu dia telah pengsan apabila ditimpa sebatang pokok kayu yang tumbang. Teratai di rumah begitu risau tentang bapanya yang hingga lewat malam tidak juga pulang-pulang berbanding dengan Tanjung dan Anggerik yang tidur dengan nyenyaknya.

Dengan menggunakan obor, Teratai pergi mencari bapaknya. Apabila bertemu Teratai berusaha menarik bapaknya yang tertindih di bawah pokok yang tumbang tetapi dengan tiba-tiba muncul seorang pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Suria Kenchana.

Dengan ilmu sakti yang ada padanya Suria Kenchana berjaya menarik pokok yang tumbang menghempap Karma itu dan menyelamatkannya. Bukan itu saja malah Suria Kenchana menghantar Karma beserta Teratai pulang ke rumah. Berikutan pertemuan itu, Teratai dan Suria Kenchana sring bertemu tetapi hanya pada waktu malam saja.

Setelah sepurnama bertemu akhirnya Karma, Tanjung dan Anggerik dapat mengesan ke mana Teratai menghilang setiap malam. Suria Kenchana di pukul manakala Teratai didera dan tidak dibenarkan keluar rumah. Jadi terhalanglah pertemuan mereka.

Sewaktu mencari rezeki dengan memotong kayu Karma telah diugut oleh seekor ular yang boleh berkata-kata bahawa dia akan dimakannya kecuali berjanji membawa salah seorang anaknya sebagai ganti.

Apabila perkara tersebut diberitahu oleh Karma kepada Anggerik dan Tanjung, Anggerik berkata: "Anggerik tak mahu pergi, kalau bapak nak mati, matilah sendiri". Tanjung pula menjawab: "Bapak yang mencari penyakit, kita pula yang dibabit-babit".

Apabila mendengarkan kata-kata Anggerik dan Tanjung, dalam tangisan Teratai berkata: "Janganlah bapak bimbang di hati. Kakak berdua tak payah pergi. Biarlah Teratai menjadi ganti".

Dengan sedih Karma pun membawa Teratai bertemu ular. Bila Teratai ditinggalkan, ular berkata: "Wahai yang rupawan aku telah bertukar fikiran kau tidak jadi ku makan akan ku peristerikan".

Teratai terkejut, katanya: "Katamu hanyalah sia-sia tak mungkin ular beristerikan manusia". Balas pula ular katanya: "Kau jangan menghinakan aku sebelum tau asal usulku". "Siapakah kau wahai ular? Terangkanlah agar aku tidak gentar", kata Teratai. Kata Suria Kenchana (ular): "Jikalau kau ingin tau asal usulku sebenarnya. Tunggulah sehingga malam tiba".

Apabila matahari terbenam di ufuk barat dan apabila Teratai menyebut: "Malam". Tiba-tiba, ular di depannya menjelma menjadi manusia. Dia ialah Suria Kenchana – pemuda yang telah banyak menolong dan yang dicintainya. Barulah Teratai tahu kenapa Suria Kenchana hanya mahu bertemu dengannya di waktu malam saja.

Bagi menghilang keraguan dan memahami apa yang sebenarnya berlaku dan betapa bernilainya kalong Panca Delima, Suria Kenchana membawa Teratai ke tempat tinggalnya di sebatang pokok besar. Teratai juga diperkenalkan dengan empat panglima Kukila Kenchana (Beringin Tunggal, Putih Gading, Kerikil Tajam dan Buluh Runching) yang setia dengan Suria Kenchana yang turut disumpah – siang menjadi ular dan malam kembali menjadi manusia.

Suria Kenchana sebenarnya Putera Raja Negara Kukila Kenchana. Dia telah disumpah menjadi ular oleh ibu tirinya (Chemara Jingga) apabila menentang kehendak ibu tirinya itu supaya ayahandanya menandatangani surat penyerahan kuasa Negara Kukila Kenchana kepada Chemara Jingga.

Setelah mengetahui kedudukan sebenarnya (melalui citra dan data), Teratai sanggup membantu Suria Kenchana dan menghalang kekejaman Chemara Jingga beserta Perdana Menterinya (Garha Sabda) yang melakukan kezaliman dengan memenjarakan ramai rakyat (termasuk Raja Negara Kukila Kenchana) yang menentang pemerintahannya dan ramai juga yang telah disumpah menjadi binatang.

Malangnya, kalong Panca Delima telah dicuri oleh Anggerik apabila dia mengetahui tentang rahsianya di samping perasaan iri hatinya terhadap Teratai yang akan berkahwin dengan Suria Kenchana, anak Raja. Anggerik pergi menemui Chemara Jingga dan mahu menyerahkan kalong Panca Delima tetapi ditolak oleh Chemara Jingga kerana jika Chemara Jingga menyentuhnya segala kesaktian yang ada pada dirinya akan musnah. Oleh itu Chemara Jingga menyuruh Anggerik saja memakainya.

Setelah menyamar sebagai askar-askar Chemara Jingga, Suria Kenchana, Teratai, Karma serta Beringin Tunggal, Putih Gading, Kerikil Tajam dan Buluh Runching berjaya menyusup masuk ke Kota Kukila Kenchana dan seterusnya merampas kalong Panca Delima daripada Anggerik.

Dengan kalong tersebut, Teratai menggunakannya untuk memusnahkan kekuasaan ilmu sihir Chemara Jingga dan hasrat itu terhasil apabila Teratai berjaya menghempaskan kalong hikmat itu ke Telaga Sabda yang menjadi punca kekuasaan dan kesaktian Chemara Jingga. Dengan itu, semua sumpahan Chemara Jingga terhapus termasuk Suria Kenchana dan empat panglimanya yang terus kekal menjadi manusia tidak lagi menjadi ular apabila siang menjelma.

Chemara Jingga yang pada mulanya cantik jelita beransur-ansur bertukar menjadi tua dengan keadaan wajah yang menakutkan dan mati, Anggerik pula mati akibat balingan lembing Garha Sabda yang ditujukan kepada Teratai. Garha Sabda pula mati di tangan Suria Kenchana setelah mereka bertarung hebat. Negara kembali aman dan Kukila Kenchana mengisytiharkan perkahwinan Suria Kenchana dengan Teratai – gadis "Panca Delima". credit: Sinema Malaysia..

~Sama Atau Tidak?..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...