Nak Souvenier best?

10 Suspek Samseng?.. Tapi Bukan Mereka..

KLANG – Polis menahan 10 suspek kes gaduh membabitkan dua kumpulan yang disyaki samseng dari Kapar dekat sini dan Melaka; yang bergaduh di hadapan sebuah rumah kedai di Taman Emas, Kapar di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, tujuh suspek diberkas semalam, manakala tiga lagi ditahan tengah hari tadi di Kapar, dan semua yang ditahan berumur antara 20 dan 40-an.

Katanya, seorang daripada suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau dan merupakan bekas tahanan Simpang Renggam, dan polis turut menemui dua butir peluru daripada seorang suspek.

Bercakap kepada pemberita dalam satu persidangan media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini hari ini, beliau berkata, polis sedang berusaha mengesan seorang lelaki yang dikenali sebagai S. Sankar, 32, dari Serdang Jaya, Seri Kembangan dekat sini yang dipercayai boleh membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi semalam, kira-kira 20 lelaki terlibat dalam satu pergaduhan menggunakan parang panjang serta pedang, dan kejadian itu mengakibatkan dua kereta dibakar, dan lima orang mengalami kecederaan serius dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini. – Bernama

3 comments:

KERTAS A4 BLOG said...

hahaa... yea yea.. kami bukan samseng... kami warga blogger yang baik baik... mekasih nur :)

Anisa Hang Tuah said...

semuanya baik & bukan samseng
(:

NuReLLe said...

ahaha..ye btol tu..kami baik-baik kesemuanya..mari berkawan dgn kami..:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...