CAMERON HIGHLANDS - “Terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati di Cameron Highlands,” kata seorang pengunjung dari England, Mike Richards, yang ditemui ketika berada di resort tanah tinggi itu.
Richards, yang pernah berkunjung ke destinasi pelancongan ini dua tahun lepas berkata, walaupun suhu di Cameron Highlands sedikit meningkat sekarang, lokasi ini masih dingin dan mempunyai udara segar.
Terletak di Banjaran Titiwangsa, suhu di Cameron Highlands boleh jatuh hingga 16 darjah Celsius terutama pada waktu malam dan hari hujan.
"Iklim di sini sukar dicari di tempat lain. Cameron Highlands adalah resort tanah tinggi yang utama di Malaysia. Kami suka berjalan melalui kampung-kampung, taman rama-rama selain ladang strawberi dan juga ladang lebah. Di sini ada ladang teh yang begitu hijau dan sangat luas,” kata beliau.
Cameron Highlands sememangnya terkenal dengan ladang tehnya. Dua syarikat teh gergasi di sini ialah Boh dan Bharat. Ladang teh Boh di Habu dan Sungai Palas ialah seluas 3,237.6 hektar manakala Bharat mempunyai ladang teh yang lebih kecil di antara Brinchang dan Tanah Rata, berukuran 809.4 hektar.
Rakyat Malaysia memang telah kenal dengan teh berjenama Boh manakala Bharat memasarkan tehnya di bawah jenama Cameron Valley.
Minum teh amat popular di sini, dalam kalangan penduduk tempatan dan juga para pengunjung.
"Sebenarnya bagi penduduk setempat, minum teh adalah lebih kepada tradisi kerana mereka sudah biasa dengannya. Tetapi pelawat kata teh di sini rasanya lebih sedap jika dibandingkan dengan tempat lain”, kata tuan punya kedai runcit di sini, Chin Leong. - Bernama
~Ada tak yang tak pernah ke sana?..
22 comments:
memang best.. aku dah 3 kali dah kesana...
penah sekali je g...
paling best g ladang teh la..huhu...
romantik2..
dah lame tak g sane
tsk.
huhuhu
pernah SEKALI je ke sana..
hehe
pegi comeron hglands cm x mau blik dah sbb kt cna nyaman je udara sejok je =) best!!!
kin dah pergi time kecik2 dulu. best makan strawberi manis2. :)
Nur..saya..Tak Pernah Ke Cameron Highlands..ish ish..entah bila boleh g sana...teringin sangat nak pergi..munkin udara sana berbeza dengan udara kat Kundasang ni walaupun mempunyai bentuk mukabumi yg hampir sama..
Penangkap Rabit Terbaik
i loike cameron highland..x yah la g luar negara semata2 nak udara segar tuh..lam mlaysia pon dah ada..alhamdulilah:)
wah..tak pernah sampai lagi kat sana..huhu
rindu nk g cameron highland lg..best sgt..nk strawberry..hehe
sedey nye..jom bc cni :interview untuk cari penguli tepung rupanya..hampeh!!
dah lama x pegi..kalau ada masa..nak pergi lagi...kenangan terindah...
tempat wajib pegi setiap tahun...tiap2 kali nak sambut anniversary perkahwinan, mesti tempat nie jadik pilihan...nak mengimbau memori honeymoon kat sana...
Pnah2.. kira2 1 jam je ke sana.. bestnya
Ngah berkobar2 nk p nie.. :)
Dok memujuk hubby p sana :P
xpernah g...
minum teh petang2+biskut kering!
tingin nak ke sana ;)
pernah sekali je. tapi tak tahanlah sejuk... 31 ogos 2007...
http://adzriel.blogspot.com/2010/05/bersyukur-berusaha.html
pergila dik..memang best giler..tp dh lama jugak tak pi..apa la rupanya skrng ni..heh
memang best.. selalu je pergi sana.. tapi jalan dia bengkang bengkok huhu.. nak muntah
ada di CH skrg ni...x sejuk cam 2thn dulu la..
xpenah singgah..cuma lalu je..
-tunggu musim salji kt CH-
Post a Comment