Pengenalan
Kulit bayi yang baru lahir adalah lembut dan sensitif dan mudah terkena berbagai jenis penyakit kulit. Sebahagiannya adalah kerana keturunan, seperti tanda lahir, tetapi setengah ruam adalah disebabkan oleh hormon ibu yang masih lagi mengalir di dalam darah bayi. Biarpun sebahagian dari penyakit kulit ini adalah normal, sebahagian lagi mungkin merupakan petanda bagi masalah lain. Penyakit kulit yang paling biasa terjadi kepada bayi adalah:
Tanda lahir (perubahan salur pendarahan)
Perubahan salur darah yang sementara
Acrocyanosis (Kaki Dan Tangan Berwarna Kebiruan)
- Kulit berwarna ungu kebiruan di sekeliling bibir, tangan dan kaki yang mana adalah normal pada bayi yang baru lahir.
- Ianya akan lebih ketara semasa bayi menangis atau kesejukan.
- Keadaan sistem peredaran yang belum matang di kalangan bayi menjadikan bayi sukar untuk menyesuaikan kepada cuaca sejuk. Keadaan itu adalah normal jika bayi tersebut makan dengan baik dan aktif
- Untuk mengecualikan sebab-sebab yang lain:
- Periksa suhu badan untuk mengesan demam
- Periksa bibir, lidah dan gusi, jika kebiruan bayi tersebut mesti dibawa berjumpa doktor dengan segera.
Cutis marmorata
- Kulit bayi bercorak seperti batu marmar atau bercorak adalah disebabkan oleh peredaran darah yang tidak sama rata di kulit.
- Bayi yang baru lahir belum dapat menyesuaikan diri apabila terdedah kepada keadaan panas atau sejuk. Apabila terdedah kepada cuaca sejuk, peredaran darah pada kulit bayi akan jadi tidak teratur. Ini diikuti oleh peredaran darah yang tidak teratur pada tangan dan kaki. Jadi ini bukanlah perkara luar biasa untuk bayi yang baru lahir untuk mengalami kebiruan pada bahagian tubuh badan tersebut.
- Keadaan ini normal dan biasanya hilang dalam 2 - 3 minggu. Jika selepas tempoh tersebut masih tidak hilang, sila berjumpa doktor untuk masalah genetik.
3 comments:
Assalamualaikum Nur
dulu2 tak ada info sebegini
semua tanya doc dekat klinik
terima kasih
Wassalam
tanda lahir saya adalah di tgn kanan, corak merah pink mcm warna hibiscus rosa :)
allhamdulilah ank2 tak der masaalah ..
Post a Comment