~Diharap semoga persoalan dapat dirungkaikan... (sumber Kosmo)
SEREMBAN - Mayat pramugari Malaysia Airlines (MAS), Chin Swee Len, 35, yang ditemui mati di Hotel Radisson, Amsterdam, Belanda Jumaat lalu selamat tiba di rumahnya di Taman Oakland, Seremban 2 di sini semalam.
Mayat Swee Len tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang sebelum dibawa ke kediamannya pada pukul 1.45 petang.
Mengikut jadual awal, suami mangsa, Cheng Ying Chet, 39, dan mayat mendiang isterinya sepatutnya tiba Jumaat ini namun, dia pulang awal dari Belanda kerana semua proses dokumen kematian Swee Len dapat diselesaikan lebih cepat.
"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada Kementerian Luar, MAS, pihak kedutaan dan Wisma Putra yang membantu menguruskan proses membawa pulang mayat isteri saya," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
5 comments:
Misteri jugak cara kematian mendiang...
Tips , 7 prinsip utama menjalankan perniagaan
misteri kematian ni masih disiasat kan dik..kesian plak mati di negeri orang.
Assalamualaikum Nur
terima kasih kpd semua yg terlibat membereskan hal ini
Wassalam
haiyo..mntak2 org yg bertangungjwb trima blasan
sudah suratan...
Post a Comment