Nak Souvenier best?

Tahniah Pemain Bola Sepak Yang Menggondol Piala Suzuki AFF 2010

KUALA TERENGGANU - Enam pemain bola sepak anak jati Terengganu yang membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, menerima anugerah daripada Kerajaan Negeri malam tadi.

Anugerah yang disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said itu berbentuk satu lot tanah dan wang tunai RM5,000 seorang.

Pemain-pemain berkenaan ialah Mohd. Sarbini Alawee Ramli, Mohd. Ashaari Shamsuddin, Mohd. Muslim Ahmad, Izzat Faris Ramlan, Mohd. Faizal Mohamad dan Norshahrul Idlan Talaha.

Ahmad berkata, kerajaan negeri sentiasa memberikan komitmen kepada atlet dan berharap lebih ramai lagi anak jati Terengganu berjaya pada masa akan datang.

Ahmad turut menasihati para pemain yang akan mewakili Terengganu dalam pertandingan Liga Malaysia supaya lebih berdisiplin dan tidak bersikap mudah berpuas hati dengan pencapaian mereka untuk memastikan negeri itu mampu muncul sebagai satu kuasa baru dalam sukan bola sepak. - Bernama

~Beruntung kan mereka ni.. Dapat ganjaran tu.. Tuah manusia.. siapa yang tahu.. Macam Khairul Fahmi Che Mat yang malatops tu kannn.

4 comments:

Solihin Zubir said...

perghhhh.. dpt tanah... tahniah2...

Rozali said...

Assalamualaikum Nur

perangsang untuk kejayaan akan dtg

Wassalam

hans said...

untung diorang
xsia2 main sungguh2 hari tu

P/S : Mak Nih Bisinglah!!!! Cuba Mak Diam Sikittt!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

diaorg adalah bakat yg perlu diminati....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...