Nak Souvenier best?

Angkasawan, Dr Sheikh Muszaphar bakal jadi Bapa

~Tahniah buat bakal ibubapa ini.. Semoga dikurniakan anak yang sihat.. Baru 12 minggu kan.. Apapun, bertuah anak tu nanti.. Jadi anak Angkasawan Pertama Malaysia..

KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya, Dr. Halina Mohd. Yunos disahkan mengandung bayi sulung mereka.

Sheikh Muszaphar yang mengesahkan hal itu memberitahu, beliau bersama isteri serta keluarga kedua-dua belah pihak cukup gembira dengan perkhabaran tersebut.

"Sukar untuk saya gambarkan perasaan tetapi saya bersyukur dengan zuriat daripada Allah dan ini hadiah yang terbaik untuk kami," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Sheikh Muszaphar dan Halina selamat diijabkabulkan pada majlis yang penuh gilang- gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10 Oktober 2010.

Menurut beliau, kandungan Halina kini berusia 12 minggu dan keadaan kesihatan isterinya baik dan tidak banyak kerenah.

Beliau mengimpikan untuk dikurniakan anak yang ramai.

"Kalau boleh saya nak 10 orang anak,'' kata Sheikh Muszaphar.

3 comments:

Rozuan Ismail said...

tahniah Dr SMS..huhu..

p/s jom komen entri baru blog wan!!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

tahniah...
moga semuanye selamat....

-[miracle]- said...

woahh. congrats :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...