enjagaan mata biasa
Semasa pemeriksaan bayi yang pertama selepas kelahiran, doktor akan memeriksa mata bayi anda untuk :
- Penyakit kongenital
- Jangkitan mata
- Penglihatan
Dalam penjagaan mata harian anda hendaklah membersihkan disekeliling mata bayi anda dengan kain lembab yang bersih dan jangan gunakan sabun kerana ini akan memedihkan mata.
Pendarahan Sub-Konjuktiva
Jika anda melihat dengan dekat pada bahagian putih di mata anda, anda hanya akan dapat melihat beberapa saluran darah yang halus. Sekiranya satu daripada saluran darah ini pecah, darah akan mengalir keluar kebahagian putih mata. Ini dinamakan Pendarahan Sub-Konjuktiva yang biasanya terjadi semasa kelahiran. Sekiranya ini berlaku maka :
- Tiada rawatan diperlukan.
- Ia tidak akan merosakkan mata.
- Darah yang ada biasanya akan hilang dalam masa dua minggu.
Masalah biasa yang terjadi di kalangan bayi biasanya adalah :
- Konjuktivitis
- Penghalangan saluran air mata tersumbat (Nasolacrimal)
5 comments:
ooo..kalau ada drah tu biasa ek..tak bahaya rupanya
sentiasa main mata dengan anak..supaya ia bergerak,,takut dia juling @ buta je..
Tips berguna...
Tahap kesihatan dan kepantasan berjalan
jgn ambil mudah kan? :)
penting nie...
Post a Comment