Nak Souvenier best?

jaga mata bayi! 2

Konjuktivitis

Konjuktivitis bermaksud kemerahan yang berlaku pada lapisan Konjuktiva iaitu bahagian putih mata dan bahagian dalam kelopak mata.Ini mungkin berlaku disebabkan oleh jangkitan, saluran air mata tersumbat atau kerengsaan, contoh : Terkena bahan kimia

Bagi bayi, jangkitan kuman biasanya disebabkan oleh bakteria seperti Neisseria gonnorhea (gonorrheal infection) atau oleh Chlamydia trachomatis. Kedua-dua didapati semasa proses kelahiran daripada ibu yang mendapat jangkitan.

Simptom-simptom dan tanda-tanda

  • Keluar cecair kekuningan dari mata
  • Kelopak mata melekat dengan nanah terutamanya selepas tidur
  • Keluar tahi mata di bahagian atas pipi
  • Bahagian putih mata mungkin bertukar kemerahan atau merah jambu
  • Kelopak mata membengkak

Konjuktivitis ini boleh menjadi lebih parah sekiranya berlaku jangkitan pada gonorrhea dan berkemungkinan memberi kesan kepada penglihatan bayi. Oleh itu adalah penting untuk membawa bayi anda dengan segera untuk mendapatkan rawatan perubatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...