Nak Souvenier best?

kulit bayi anda bermasalah? 2

Tanda lahir Vascular

Ini adalah sakit kulit vascular yang wujud sejak lahir atau beberapa bulan selepas lahir. Ini adalah biasa dan biasanya akan hilang apabila bayi tersebut membesar. Sebahagian daripada tanda lahir ini mungkin tanda bagi penyakit lain.

Dapatkan pemeriksaan dari jururawat atau doktor di klinik semasa melakukan lawatan ke klinik ketika minggu pertama usia bayi atau minggu ke enam selepas kelahiran.

Salmon patch

Ini adalah salur darah kapilari kulit yang mengembang yang mana merupakan saki baki corak salur darah bayi semasa di dalam kandungan.

  • Berlaku pada 40 - 60 % bayi
  • Tompokan berwarna merah muda yang pudar dan rata biasanya ditemui di belakang leher, dahi di atas hidung dan kelopak mata atas.
  • Warna tersebut akan menjadi lebih terserlah apabila bayi tersebut menangis.
  • Biasanya akan hilang dengan sendiri semasa bayi berumur setahun dan tidak menimbulkan sebarang masalah.
  • Tiada rawatan yang diperlukan.

Hemangioma Strawberi.

  • Haemangioma
  • Biasanya bermula dengan tanda merah yang samar-samar di mana-mana bahagian badan bayi semasa usia satu hingga empat minggu.
  • Kemudian menjadi merah cerah, timbul dan tidak rata, seperti buah strawberi, membesar selama enam bulan usia bayi.
  • Berhenti membesar antara enam dan setahun usia bayi dan kemudian beransur-ansur mengecil dan akhirnya hilang dengan sendiri dalam masa beberapa tahun.

Rawatan

  • Dalam kebanyakan kes, cuma perlu menunggu sehingga ianya hilang sendiri.
  • Elakkan kecederaan kepada hemangioma. Pakaikan sarung tangan atau pastikan kuku jari bayi pendek untuk mengelakkan dari tercalar.
  • Jaga kebersihan terutama sekali di kawasan kelangkangan atau lipatan kulit.
  • Di dalam kes, di mana hemangioma tumbuh sehingga menutup mata dan menghalang penglihatan, rawatan diperlukan dan boleh diperolehi daripada pakar mata dan pakar kanak-kanak. Untuk mengelakkan kehilangan penglihatan pada mata berkenaan. Pilihan rawatan yang ada adalah seperti rawatan laser, interferon, suntikan steroid ke dalam hemangioma atau memakan ubat steroid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...