Adakah bayi pramatang memerlukan penjagaan khas?
Keperluan penjagaan bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang seseorang bayi.
Penjagaan am adalah diperlukan untuk semua bayi pramatang:
- Mengawal suhu badan
- Perlu dirawat di dalam inkubator atau di bawah pemanas radian (seperti yang dalam gambar)
- Memeriksa tahap gula dalam badan
- Untuk mengesan dan merawat tahap gula sama ada tinggi atau rendah.
- Pembekalan Nutrisi
- Bayi yang hampir matang iaitu melebihi 35 minggu yang mana dalam keadaan sihat selalunya boleh diberi penyusuan ibu secara eksklusif. Untuk bayi yang lebih pramatang selalunya memerlukan susu formula sebagai tambahan pada peringkat awal umurnya.
- Mengelakkan dari jangkitan
- Mencuci tangan adalah perkara asas yang penting sebelum dan selepas merawat bayi.
Rawatan khas bergantung kepada keadaan bayi dan komplikasi yang dialami. Contohnya :
- Ventilasi dan rawatan serakan terapi untuk masalah pernafasan.
- Pemantauan yang rapi untuk bayi yang menerima oksigen terapi.
- Pemberian cairan dan elektrolit untuk bayi yang tidak sihat.
- Parenteral nutrisi (Nutrisi yang diberi terus ke dalam saluran darah) diberi kepada bayi yang tidak boleh menerima susu melalui usus. Perahan susu badan atau susu formula selalunya diberi melalui tube orogastrik kepada bayi pramatang yang mana boleh menerima susu secara enteral.
- Antibiotik diberi sekiranya disyaki atau pasti ada jangkitan.
- Ultrabunyi dilakukan pada otak untuk mengesan dan merawat perdarahan dalam otak atau lain-lain yang tidak normal.
- Saringan untuk penyakit retina (rop) mata,rawatan laser atau terapi crayo akan diberi pada bayi yang mempunyai masalah mata yang serius.
- Bayi yang mempunyai penyakit paru-paru yang kronik dan boleh dirawat di rumah, bekalan oksigen perlu disediakan di rumah.
Isu Etika
- Kaunseling dan sokongan pada ibu bapa adalah penting bagi membantu ibubapa dalam menangani dan memahami bayi mereka dan menjelaskan kedudukan yang sebenar.
- Menangguhkan dan memberhentikan rawatan rapi hendaklah diambil kira untuk bayi (usia kandungan <26>
- Peluang bayi dalam kumpulan ini untuk hidup sempurna amat tipis. Bayi yang dijangkakan selamat juga akan mengalami risiko kecacatan neurologi. Adalah dianggarkan 20% daripada bayi yang usia kandungan 25 minggu yang mana selamat 80% daripadanya akan mengalami kelemahan pada sistem neurologi.
7 comments:
nak tanya..are u a doctor?? :)
tq 4 d info
salam nur,
bagi x cukup matang ni mmg perlukan penjagaan yg lebih, teringat masa sepupu yg lahir x cukup matang, neneknya sapukan minyak seluruh badan cucunya supaya x sejuk!Cara tradisionallah tu...
Assalamualaikum Nur
terima kasih info
Alhamdulillah
anak2 dilahirkan matang
Wassalam
risau gak dni kalau2 terjadi perkara ni. memang kena ambil tahu cmana nak jaga baby tu...
info yg baek...
Thank you, that was just an awesome post!!!.....
Post a Comment