Nak Souvenier best?

Tak Cukup Bulan Boleh Lahir?

Patutkah kita risau jika bayi dilahirkan pramatang?
Pra matang adalah berkaitan dengan komplikasi yang mungkin berlaku, lebih pramatang maka lebih tinggi risiko untuk setiap komplikasi.
Komplikasi awal dan pertengahan adalah termasuk:
  • Sindrom kesesakan nafas di sebabkan kekurangan cecair yang dipanggil serakan di dalam paru-paru.
  • Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah di sekitar ventrikel di dalam otak.
  • Jaundis(Perubahan warna kekuningan di kulit dan di putih mata disebabkan sistem metabolisme bilirubin yang tidak matang.)
  • Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang.
  • Jangkitan di dalam darah(septisemia), paru-paru(radang paru-paru), selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus(Necrotising Enterocolitis).
  • Penyakit retina yang tidak matang(Retinopathy of prematurity)-satu keadaan pertumbuhan salur darah di dalam mata yang tidak matang.
  • Penyakit paru-paru yang kronik hasil dari kerosakan paru-paru disebabkan pramatang ,penggunaan oksigen dan terapi ventilasi.
  • Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup(Patent Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi.
  • Inguinal hernia di mana disebabkan kelemahan otot-otot di pelipat paha.

Komplikasi Lewat :

  • Serebral palsi
  • Kecacatan otak
  • Sawan (Epilepsy)b
  • Buta
  • Pekak
  • Ketidakupayaan Untuk Belajar
  • Perkembangan Lambat
  • Pembesaran Perlahan

Kadar kematian adalah tinggi walaupun mendapat rawatan rapi,bayi yang dilahirkan antara 26-28 minggu usia kandungan mengalami kadar kematian antara 30%- 50% manakala bayi yang dilahirkan sebelum 26 minggu usia kandungan mempunyai kadar kematian antara 80-100%. Lebih matang seseorang bayi maka peluang untuk hidup adalah tinggi. Bayi yang lahir melebihi 34 minggu usia kandungan mempunyai 90% peluang untuk hidup.

~Sumber dari infosihat.gov

9 comments:

Keyrill Eduardo Willeyhem said...

ksian plak tngok kan kalau ada yang dilahirkan seperti ini kan? i mean, kurang upya! :( harap2lah si ibu dapat menerima anak yg sbegitu dan menjaganya dengan baik!

Mat Ganu said...

ini semua takdir dari ALLA..semoga tabah menghadapinya...

Miecyber said...

Kesian kat baby yang lahir tak cukup bulan itu kan...

Cas bateri dengan berjalan kaki

Pn Kartini said...

Salam..:)

Alhamdulillah...anakanda yang dilahirkan pra-matang (1.825kg)....
sihat dengan izinNya jua...Syukur:):)

amirah said...

insyaAllah bleh sihat mcm baby biasa

Nancy Poh said...

kalau dijaga dengan selama tempoh kritikal tu, mudah-mudahan bayi pramatang itu akan sihat seperti bayi normal yang lain juga kan..

Cik SHiNJU said...

Salam Nur..
Anak kakak saya dua org lahir x cukup bulan...masa lahir tu kecik sgt..huhu..dok dlm inkubator..alhamdulillah membesar mcm kanak2 normal..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ketentuan Allah...

azzey said...

Yang saya tau bayi pramatang ni kena lebih teliti dlm penjagaannya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...