~Bila baca rencana ni kat kosmo, teringin pula nak memilikinya.. Ehm.. (angan mat jenin je lah ye).. Ada ke antara kawan kawan yang dah guna atau pernah guna iPad ni? mana lagi sesuai untuk digunakan, iPhone ke iPad?
Sebab utama yang menarik perhatian Ayu terhadap iPad adalah saiznya yang muat di dalam beg tangan. Bagaimanapun, pengaruh jenama Apple merupakan elemen penting sebelum dia membuat keputusan membelinya.
“Apple adalah jenama peneraju. Walaupun ada produk komputer tablet pesaing di pasaran kini, saya menganggap iPad adalah keluaran terbaik dan tidak boleh ditandingi jenama-jenama lain.
“Saya menggunakannya setiap masa kerana ia adalah sebahagian kehidupan dan perniagaan spa yang saya jalankan,” katanya.
Pantau bisnes
Menurut Ayu, melalui iPad dia dapat memantau perkembangan spa menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dari mana-mana sahaja kerana ia tampil dengan kelebihan konsep mobiliti.
“Tidak seperti komputer riba, iPad amat ringan oleh itu ia tidak membebankan sekiranya perlu dibawa selain kemas dimuatkan di dalam beg tangan.
“Selain itu, iPad penting bagi saya sebagai pengguna Internet kerana selain dapat berhubung dengan rangkaian perhubungan sosial, saya perlu kekal berhubung dengan rakan-rakan, klien dan pelanggan melalui e-mel,” katanya.
Katanya lagi, tidak terhad kepada fungsi perniagaan, Ayu juga tidak ketinggalan memanfaatkan aplikasi hiburan yang ditawarkan iPad. kelebihan iTunes yang boleh dimuat turun secara percuma menjadikan pengalaman menggunakan iPad lebih menghiburkan.
“Selain memuat turun fail-fail permainan dan lagu-lagu, saya juga berkongsi fail-fail hiburan dengan rakan-rakan yang menggunakan iPad, iPhone atau iPod.
8 comments:
wah dua2 x penah guna.. kekekekeke
pia pon tingin iPad hehe
adik aku bulan depan beli...
Jenama APPLE mmg best kannn
2-2 best... baru dpt 1 jer pon dah besttt.. kalu dpt 2-2 laaaagiii syiokkkk.. hehehehe
nak iPhone ngan iPad!!!~ ^_^'
kakhcik teringin nak dua2. Eeee .. tamak kan kakchik. haha ..
nak jugakkk.. hehe
Post a Comment