Nak Souvenier best?

Duduk Rumah Saja, Duit Masuk.. Lumayan

** ALL IN ONE mendapat emel ini: Berikut adalah keratan sebahagian darinya.. Nak percaya ke taknak..Banyak tu untung nya.. Boleh rambang mata camni.. Terbayang $$$ saja.. Serbasalah ni.. Nak caya ke tak nak? Nak ke tak nak? Atau ada ke antara kawan kawan yang dah join..

"Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan dimana ia adalah sulit dan penting untuk masa depan dan kerjaya saya. Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email ini lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar kepada kerjaya saya.

Untuk pengetahuan tuan, saya memerlukan produk SAPHIRE BLUE STONE dimana mineral ini boleh didapati di Malaysia melalui pembekal yang dikenali dan kualiti produknya dijamin oleh syarikat kami. Produk ini digunakan untuk perhiasan seperti barang kemas, jam, kemasan lantai dan sebagainya. Memandangkan tuan seorang rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan tuan untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat semasa mereka datang untuk membelinya di sana. Untuk pengetahuan tuan, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap dua bulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan tuan."

14 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

susah nak percaya benda2 mcm nieh...

Peri PiA said...

bukan senang nak senang

Atsuko Ichirou said...

hurm...
entry nie utk dptkan pandangan kami ke?

Miss Shizu said...

boleh caya ke?kaji betol2 dulu.takut ada sumting wrong...

umialya said...

byk tipu helahnya. sy sering terima email gni dr masa k semasa.

anamizu said...

bukan nak jadi senang..
"yang pipih takkan dtg melayang.." hihi

latest entry : |SEGMEN AKU & DRAMA KOREA|

anamizu said...

eh TERsilap disitu "bukan senang NAK jadi senang" hihi

Miecyber said...
This comment has been removed by the author.
Miecyber said...

Hati hati yer...

Saya pun selalu dapat email macam nie...


Karikatur

Ina said...

banyak tipu skang nih..abaikan aje..

Rozali said...

Assalamualaikum Nur

bukan senang nak senang

Nabi nak mengembangkan Islam pun banyak rintangannya

Wassalam

baincardin said...

dah pernah dapat dah email mcm ni..x boleh percaya.

HDR on animals! Jom layan...^_^

|| NaFiRaa || said...

memang x boleh percaya!!! delete jek kalo dapat email cam tuh~

Gen Fujita said...

Toksah percaya. Mengarut benda tu. Tak logik langsung, takkan semata-mata nak cari warga Malaysia nak jadi ejen, dia boleh sapu saja entah sapa2. Kenal pun tak. Orang kalau nak kerja, kena interview dulu, kena tengok layak tak layak, etc etc. Ni sat lagi jangan2 disuruh deposit wang sekian2. Toksah peduli.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...