KUALA LUMPUR: Kelibat pasangan juara program realiti Sehati Berdansa musim pertama Vanidah Imran, 38, dan suaminya, Rashidi Ishak, 38, yang tiba-tiba muncul di Mahkamah Syariah di sini, menimbulkan tanda tanya orang awam dan media yang berada di mahkamah, semalam.
Pasangan artis itu yang turut ditemani seorang wanita tiba di mahkamah pada kira-kira jam 12.45 tengah hari dilihat terus memasuki kaunter pendaftaran kebiasaannya bertujuan untuk memfailkan kes berkaitan hal kekeluargaan seperti perceraian, tuntutan nafkah dan jenayah. Selepas hampir 15 minit berada di dalam, pasangan itu bersama wanita terbabit dilihat keluar dari kaunter berkenaan.
Bagaimanapun usaha mendapat komen daripada pasangan selebriti itu gagal apabila Rashidi atau lebih dikenali dengan nama Shidi yang berkemeja putih kelihatan terkejut dan berang gambarnya diambil.
Dia bersama isterinya Vanidah yang berpakaian serba hitam dan berkaca mata hitam dilihat meninggalkan mahkamah sambil berpegangan tangan.
Bagaimanapun, difahamkan kehadiran pasangan itu bertujuan menemani saudara mereka yang mempunyai urusan di kaunter berkenaan.
10 comments:
kus semangat...doakan yg baik2 utk mereka
ish.. ish.. ish.. loving couple tuh... jgn ler ikut trend artis yg lain tu..
huu..terkejut dah..
harap2 bukan yang buruk2 laa..
semoga jodoh mereka berkekalan..
bosan dah dengan artis2 plastik..huhu
xde pe kot de la 2 diaorang teman2 kawan2 or sedare
semoga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat..amin
Assalamualaikum Nur
moga urusan mereka dipermudahkan Allah
Wassalam
Pergh..
ingkan betul lah td..
td kt dlm kuliah, bdk2 ni ader gak bergosip..
moga2 jodoh mereka berkekalan..
Amin... :)
siyes suspens tu :)
me suka couple ni sbb sweet and loving gitu :)
moga xder ape2...
alhamdulillah....
huish~jgn la jd apa2 dgn rumahtgga mreka..vanida n shidi is my fav msia couple!
Post a Comment