Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin.
Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.
Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.
“Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.
“Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis,” katanya.
Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.
“Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,” katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.
Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
16 comments:
Ya ALLAH, selematkan hamba2 mu ini...aminn
adakah in ireallife story?
if btol.. ibu dyer tu.. x layak jadi manusia.. jadi a****g ag bagus.. eiyk.. emo tau bab2 cm nieyh
kcian..alhamdulillah die dah di tempat yg selamat
sadis
;(
masalah dunia. =,="
sedih..kesiannya..alhamdulillah dia telah selamt dari dunia hitam itu..tapi kesian dengan adik beradik die yang lain
manusia skrg makin kejam kan~ :(
perh...adoi la...macam2
ish2..nauzubillah..mcm2 hal dunia ni skrg..dengan darah daging sendiri pun dah tak selamat..
ish2.kcian.macam2 sekarang ni.
Salam ziarah..
Ada juga macam tu ye.. walaupun terdesak janganlah tergandai maruah anak2 dan keluarga. Semoga beliau mendapat hidayah...
manusia yg semakin tidak kenal apa itu dosa, semakin tidak takut melakukan dosa,sampai sanggup jual abg sendiri
sedihnya. semoga Allah sentiasa beri perlindungan ada dia,,
masih lagi kisah membuat kerja jahat akibat tekanan hidup...jika tiada iman didada..beginilah jadinya..
uiiiiiiiiiiii...
itu macam pon ada ka??
ish3..
(6:151)
ish2..awat truk sgt wey dunia skunk nie
Post a Comment