Nak Souvenier best?

Ikan Jeket / Ikan Jaket/ Ikan Cencaru

Ikan Cencaru (bahasa Inggeris: Torpedo Scad) merupakan sejenis ikan karnivor air terbuka tropika yang suka berkelompok di kawasan-kawasan pantai Indo-Pasifik Barat, dari Afrika Timur sehingga Jepun dan Australia. Taburannya antara 47° U - 22° S, dan 40° T - 156° T. Ikan ini hidup antara 20 - 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Ikan Cencaru mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nama sainsnya Megalaspis cordyla.

Ikan Cencaru berwarna kelabu kebiru-biruan hingga hijau pada bahagian dorsal, dan keperak-perakan pada bahagian bawah. Operkulumnya mempunyai bintik hitam yang besar, dengan sirip yang berwarna gelap. Panjang Ikan Cencaru sehingga 80 sentimeter (2 kaki 7 inci), dan beratnya sehingga 4 kilogram. Ikan ini mempunyai 7 - 9 sirip kecil yang berasingan pada bahagian belakang ridip dan sirip duburnya.

Populasi Ikan Cencaru berganda dalam tempoh antara 1.4 hingga 4.4 tahun

~Selain masak ikan cencaru sambal, ada cara lain lagi tak untuk masak ikan cencaru ni.. Yela kot kot ada resepi menderhaka bak kata CMG..

11 comments:

Peri PiA said...

erk..karnivor?

cencaru sumbat..yum3 :D

Cik SHiNJU said...

Ahaha..ikan jaket mengembalikan
nostalgia dok hostel..asal lauk ni jer kami p beli makanan kat town..nak2 bulan pose..

nurkaloi said...

hahaha i like statement cik chinju
ikan jaket...
ughh cam tak syok bile tgok kat dewan makan asrma
lau cmpak ikan uh ke dinding
sure terpelanting blik
hahahahaha

ikan cecaru sambal
ahhhgg sedap sedap

ArELeEz said...

nak tambah sket.. term 'ikan jeket' t'hamat la popular di kalangan student2 boardin' skool sbb ikan jeket merupakan ikan t'fames di sane! hu3..

alien said...

bakar !!!
cicah asam
wow

Sunah Mohammad said...

mmm..saya dan housemates suka makan ni~ hehe

baincardin said...

ikan jacket, tringat masa study dulu :)

*Jom bersama Encik Dave Hills layan HDR kat Cameron Highlands. ^_^

Nazz@Purple said...

setuju ngan alien..bakar cicah ngan air asam..sodap sgt..

Miecyber said...

Saya suka ikan Tuna...:D

Tahap kesihatan dan kepantasan berjalan

nabilah_2908 said...

ikan cencaru belah belakang...bakar..sedap juga.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
HAPPY 55TH BIRTHDAY !!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

baru pas makan ikan nieh lunch td...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...