Rawatan untuk Konjuktivitis Gonococcol
Sekiranya tahi mata atau lain-lain tanda muncul dalam beberapa jam atau hari selepas kelahiran, bayi anda akan dianggap mendapat jangkitan gonorrheal sehingga keputusan ujian didapati. Rawatan yang diberikan adalah:
- Membersihkan mata setiap jam dengan titisan mata dan titisan antibiotik mata sehingga tahi mata berkurangan dan mata kurang kemerahan.
- Diberikan suntikan anti-biotik melalui saluran vena.
- Ibu-bapa (dan semua pasangan seks ibu bapa yang boleh dikesan) juga akan disiasat dan dirawat sebagai pesakit gonorrhea.
Rawatan untuk Konjuktivitis Chlamydia
Jenis Konjuktivitis ini biasanya bermula 5-12 hari selepas kelahiran.
Rawatan yang diberikan biasanya adalah :
- Oral anti-biotik selama 14 hingga 21 hari untuk bayi dan ibu-bapa.
- Anti-biotik titisan mata dan membersihkan mata.
- Bawa bayi anda berjumpa doktor secepat mungkin sekiranya tahi mata keluar dengan banyak dan tidak berkurangan.
- Bayi yang masih ada tahi mata dalam beberapa hari kelahiran hendaklah dibawa ke hospital dengan segera.
- Gunakanlah kain bersih atau tuala yang berasingan untuk bayi kerana ianya boleh berjangkit.
- Jangan gunakan titisan mata kecuali dengan arahan doktor
Tip-tip untuk diingat :
1 comments:
Assalamualaikum Nur
ziarah pagi
terima kasih info
Wassalam
Post a Comment