Nak Souvenier best?

Kulit Bayi Anda Bermasalah? 3

Tanda Port Wain

Tanda Port Wain adalah berbeza dari tanda lahir yang lain dari beberapa aspek penting. Ia berlaku dalam 0.1 - 0.3 % daripada jumlah bayi yang baru lahir.

  • Kecacatan salur darah kapilari atau vena daripada lapisan kulit yang lebih dalam.
  • Ada sejak lahir berwarna merah, rata dan biasanya berada di sebahagian muka atau leher, tetapi boleh berada di mana - mana bahagian badan.
  • Jika tidak dirawat, ia akan kekal seumur hidup.
  • Dengan pertambahan usia, ia akan menjadi lebih tebal, bercorak dan berwarna gelap.

Rawatan

  • Rawatan laser dengan bius, biasanya semasa kanak-kanak telah berumur dan boleh berkerjasama.
  • Rawatan interferon pada bayi jika saluran darah yang terlibat adalah lebih dalam.

Jumpa doktor segera jika tanda Port Wain :

  • Jika tanda 'Port Wine' kelihatan disebelah dahi atau menutup sebelah mata- Bertujuan mengesan keluarbiasaan pada otak di sebelah yang sama. Pemeriksaan mata diperlukan untuk mengesan 'glaukoma' kerana rawatan awal amat diperlukan.
  • Apabila melibatkan sebahagian besar bahagian depan badan dan anggota- Kecacatan pada pembuluh besar bagi sebelah anggota samada kaki atau tangan boleh menyebabkan anggota berkenaan membesar dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan anggota yang tidak terlibat atau menyebabkan bilangan platelet menurun. Keadaan platelet yang rendah boleh meningkatkan risiko pendarahan (Klippel -Trenaunay-Weber syndrome)

4 comments:

Sharinginfoz said...

penting kan awal2 lagi detect

MiYOKO SuKi said...

thanks 4 sharing this...nk check kt baby rayyan

ardinihumaira said...

kulit dni ni masalah gak hehe

azzey said...

nur:kulit baby mmg senditif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...