Nak Souvenier best?

Lahirkan Bayi Pramatang? Siapa tu? Artis?

Bilakah bayi dikatakan pramatang?

Kebanyakan bayi yang dilahirkan dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37-42 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ianya dikatakan pramatang.

Adakah ramai bayi dilahirkan pramatang?

Insiden bayi pramatang berbeza-beza di antara Negara. Di Malaysia lebih kurang 8% bayi yang dilahirkan adalah pramatang.

Mengapakah bayi dilahirkan pramatang?

Sebab-sebab kejadian selalunya tidak diketahui,tetapi kadang-kadang diikuti dengan:

  • Pecah mentuban awal yang mana disebabkan infeksi air mentuban dan selaput mentuban.
  • Kelahiran bersalin tidak cukup bulan.
  • Pernah mengalami kelahiran pramatang.
  • Kandungan lebih dari satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya.
  • Uterus dan serviks yang luar biasa.
  • Kandungan yang mempunyai komplikasi contoh: tekanan darah tinggi semasa mengandung dan uri di bawah.
  • Kurang sokongan sosial.
  • Pengambilan alkohol, dadah merbahaya dan merokok semasa mengandung.
  • Jangkitan pada salur kencing.
  • Jangkitan sejak lahir di dalam uterus.
  • Kecacatan semula jadi sejak lahir.

Bagaimana rupa dan tingkah laku bayi pramatang?

  • Bayi pramatang dilahirkan kecil dan mempunyai sifat-sifat pramatang dan bergantung pada usia kandungan.
  • Berat badan bayi pramatang selalunya antara 500gm untuk usia kandungan 22 minggu hingga 1000gm untuk 28 minggu dan 1500gm untuk 32 minggu dan 2.5 kg untuk 37 minggu.
  • Tanda-tanda dan gejala bergantung pada komplikasi.
  • Kemungkinan mengalami tanda-tanda masalah pernafasan contoh nafas berbunyi, hidung kembang kempis,nafas kencang , kulit berwarna biru dan suhu badan tidak stabil.
** Bukannya nak share tentang artis tu, tapi nak share info tentang bayi pramatang atau lahir tak cukup bulan ni.. Bagi yang berpengalaman menjaga bayi ni tentu pengalaman yang berharga kan..Kata orang anak anak pramatang ni bertuah,, Iye ke?

4 comments:

Unknown said...

adeq aki dlu lahir x cukup bulan,..7bulan da kuar,..tp sihat walafiat.. :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ketentuan-Nya...

Sheherazade said...

thanks for sharing

amirah said...

ye ke bertuah?lor, tk pernah dgr pun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...