ALOR SETAR – “Saya ingatkan cucu saya tertidur ketika bermain di ruang tamu, rupa-rupanya leher dia sudah terkulai pada kain pengikat langsir.”
Demikian cerita Cheah Siew Eng, 71, nenek kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Tan Yin Sheng yang maut selepas lehernya terjerut pada kain pengikat langsir di rumahnya di Taman Timah, Mergong di sini kelmarin.
Sebelum kejadian pada pukul 9.30 malam itu, kanak-kanak malang itu dikatakan sedang bermain seorang diri di ruang tamu rumahnya manakala nenek, ibu serta adik perempuan mangsa yang berusia tujuh bulan pula berada di dapur.
Pada mulanya, menurut Siew Eng, dia terdengar bunyi Yin Sheng bermain di ruang tamu.
~Kat rumah, benda benda yang disangka tidak bahaya pun boleh mengundang maut.. Ni kes kain pengikat langsir... Haritu pula pernah terbaca terjerut leher dengan buaian yang menyebabkan maut pada kanak kanak. Tak boleh dibiarkan anak anak ini bermain seorang diri.. Tu belum kes kes kecederaan yang ringan.. sumbat sumbat telinga dan hidung dengan mainan kecik mereka tu..
10 comments:
ye mereka kena sentiasa dlm pengawasan..
Pentingnya teliti terhadap environment rumah, kadang-kadang macam bucu-bucu tajam pun kena jaga, peralatan berbahaya kena simpan tempat tak leh dicapai kanak-kanak, dsb. Kena teliti betul-betul.
ye la kan..tak sangka benda mcmtu boleh buat mati..huhu
malang tak berbau ... anyway, entry apa dia yang berkaitan dengan keyrill nih? hehehe...
malang tak berbau ... anyway, entry apa dia yang berkaitan dengan keyrill nih? hehehe...
langsit tu tak ergonomik..betul2 malang tak berbau..diharap kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita supaya lebih teliti dan berhati-hati..
Kita mesti ambil iktibar dari kejadian ini kerana di rumah kita pun ada langsir juga...
Talian Nur
malang kite xtahu....
budak2 ni..apa sahaja di mata mereka adalah permainan...tul tu bahaya...kena pantau selalu...
jom ke APA KATA HATI pulak,
HARI BUSUK
yg penting takleh tinggalkan dorang sorang2
Post a Comment