Nak Souvenier best?

Piala Sumbangsih? Tiket RM20.

PETALING JAYA, 24 Jan (Bernama) -- Penyokong pasukan Selangor dan Kelantan diminta mengawal emosi dan mematuhi arahan keselamatan ketika menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan itu agar tidak menimbulkan sebarang kekacauan di dalam mahupun di luar stadium berkenaan.

Sebagai langkah keselamatan, pihak polis dan RELA akan mengadakan pemeriksaan badan pada setiap penonton bagi memastikan mereka tidak membawa masuk barang larangan seperti objek tajam dan mercun ke dalam stadium.

Seramai 745 anggota polis akan bertugas mengawal keselamatan di dalam dan luar stadium pada hari perlawanan, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa Piala Sumbangsih di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, hari Isnin.

Katanya Kelantan dan Selangor akan diperuntukan 40,000 tiket masing-masing dengan setiap satu berharga RM20 untuk orang dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Katanya tiket mula dijual di kaunter stadium pada Jumaat ini mulai jam 9 pagi hingga 7 malam.

-- BERNAMA

~Semoga tiada insiden tidak diingini berlaku ye..

2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

xpernah g pon...

Doctors in India said...

Thanks for knowing exactly when to tell me what I want to hear, when I want to hear it the most.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...