~Bukanlah pari pari seperti dalam cerita tu.. Yang ni khas untuk bantu mereka yang menghidapi kanser payudara. Kanser ini boleh dikesan awal.. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.. Baca ni kat mstar.. Kalau kempen kanser payudara simboliknya reben pink dan untuk kanser serviks adalah reben hijau..
“Saya berlari tiga kilometer sehari. Saya makan dan minum secara sihat. Saya tidak terfikir untuk bertemu doktor pakar untuk mendapatkan pendapat kedua.
Kemudian saya mula sedar yang ketumbuhan itu semakin besar,” kata Sarah kepada hadirin yang menumpukan pendengaran dan pandangan mereka kepada Sarah yang bertubuh kecil, yang berdiri di hadapan podium di tengah-tengah pentas.
Beliau mengakui bahawa menghadiri kempen kesedaran kanser payudara bukan rutin beliau sehinggalah beliau memutuskan untuk memeriksa semula ketumbuhan yang terus membesar itu, 10 bulan kemudian.
“Saya bertemu dengan doktor pakar selepas menyedari ketumbuhan itu membesar. Daripada raut wajahnya, saya sudah tahu berita yang akan disampaikan tidak baik,” Sarah meneruskan kisahnya.
Akhirnya biopsi dilakukan, dan keseluruhan payudaranya dibuang segera. “Kesemua ketumbuhan mesti diperiksa dengan serius dan dirawat dengan segera. Kanser payudara bukanlah bermakna hukuman mati,” kata Sarah kepada para hadirin.
Beliau menangis tiga hari tiga malam selepas disahkan menghidap kanser dan memberitahu audien “Itu perkara biasa.”
Sarah kini merupakan seorang anggota `pink angel' yang sedia menemani mereka yang mengalami kanser payudara dan memerlukan bantuan.
5 comments:
peri?hehe
bahagian memasing...semua dugaan...tapi, patut ambil iktibar dari cerita nih
peri2...
cik nur...
deme mungkin bukan pari2......tapi deme bulih bagi semangat pade yang ade penyakit kanser payudara ....
Mmg penyakit ni ditakuti oleh wanita...:(
Post a Comment