Inilah cerita serba sedikit mengenai SAI BABA. Oke.. sebagai pengetahuan am.. Kot nanti ada yang tanya takdela terkulat-kulat nak jawab. Maklumla kalau di zaman serba canggih ni, takkan kalau ada orang tanya kita nak jawab tak tahu ye?
GURU spiritual dari India, Sri Sathya Sai Baba, 85, yang diangkat setaraf dewa oleh pengikutnya meninggal dunia Khamis lalu akibat kegagalan jantung, selepas lebih sebulan hidup dengan alat bantuan pernafasan.
Lelaki berambut afro dan bertubuh setinggi 157 sentimeter itu didakwa memiliki kuasa luar biasa dan dikatakan adalah jelmaan semula seorang tokoh kerohanian, Shirdi Sai Baba yang meninggal dunia pada tahun 1918.
Sepanjang hayatnya, Sathya Sai Baba didakwa menghidupkan sekurang-kurangnya 10 orang yang sudah mati. Salah seorang daripada mereka ialah pengikutnya yang berasal dari Amerika Syarikat (AS), Walter Cowan. Cowan diserang sakit jantung di bilik hotelnya di Madras, India pada Disember 1971, dan disahkan meninggal dunia semasa tiba di hospital.
Semasa isteri Cowan, Elsie dan beberapa rakannya tiba di hospital itu mereka terkejut melihat Sai Baba ada di situ, begitu juga Cowan yang masih hidup. Tiada siapa yang tahu bagaimana Sai Baba menghidupkan semula Cowan tetapi semasa bertemu keluarga Cowan selepas itu, Sai Baba berkata dia telah berjaya mengembalikan semula hidup Cowan.
Menariknya, selepas berjaya dihidupkan semula, penyakit buah pinggang dan kencing manis yang dihidapi Cowan turut sembuh. Kisah itu ada dicatat oleh Dr. John S. Hislop, seorang pengikut Sai Baba yang berasal dari AS, dalam buku My Baba and I yang diterbitkan pada tahun 1972.
1 comments:
baru paham...
Post a Comment