Nak Souvenier best?

jaga mata bayi! 3

Rawatan untuk Konjuktivitis Gonococcol

Sekiranya tahi mata atau lain-lain tanda muncul dalam beberapa jam atau hari selepas kelahiran, bayi anda akan dianggap mendapat jangkitan gonorrheal sehingga keputusan ujian didapati. Rawatan yang diberikan adalah:

  • Membersihkan mata setiap jam dengan titisan mata dan titisan antibiotik mata sehingga tahi mata berkurangan dan mata kurang kemerahan.
  • Diberikan suntikan anti-biotik melalui saluran vena.
  • Ibu-bapa (dan semua pasangan seks ibu bapa yang boleh dikesan) juga akan disiasat dan dirawat sebagai pesakit gonorrhea.

Rawatan untuk Konjuktivitis Chlamydia

Jenis Konjuktivitis ini biasanya bermula 5-12 hari selepas kelahiran.
Rawatan yang diberikan biasanya adalah :

  • Oral anti-biotik selama 14 hingga 21 hari untuk bayi dan ibu-bapa.
  • Anti-biotik titisan mata dan membersihkan mata.

  • Tip-tip untuk diingat :
    • Bawa bayi anda berjumpa doktor secepat mungkin sekiranya tahi mata keluar dengan banyak dan tidak berkurangan.
    • Bayi yang masih ada tahi mata dalam beberapa hari kelahiran hendaklah dibawa ke hospital dengan segera.
    • Gunakanlah kain bersih atau tuala yang berasingan untuk bayi kerana ianya boleh berjangkit.
    • Jangan gunakan titisan mata kecuali dengan arahan doktor

1 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Nur

ziarah pagi
terima kasih info

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...