Nak Souvenier best?

"SAYA seorang pengkid. Dari umur 14 tahun..

~Semoga mendapat pengajaran. Dari-mstar.


"SAYA seorang pengkid. Dari umur 14 tahun sampai sekarang, saya lebih meminati perempuan berbanding lelaki.
"Saya bahagia dengan cara hidup saya walaupun ramai yang mengecam. Asalkan keluarga tidak buang saya, saya tidak kisah untuk teruskan cara hidup begini sampai bila-bila."
Itu pengakuan Leen, seorang wanita berusia akhir 20-an yang mengamalkan gaya hidup songsang. Dia bukan tidak pernah meminati lelaki, tetapi sekadar untuk berkawan. Untuk jatuh cinta, dia lebih suka memadu kasih dengan kaum sejenis.
"Lelaki kadang-kadang terlalu ambil mudah banyak perkara. Mereka juga boleh jadi manusia yang rumit. Perempuan lebih memahami jiwa perempuan," katanya yang pernah dimalukan oleh lelaki ketika zaman cinta monyet sewaktu sekolah rendah.
Bertitik-tolak daripada itu, Leen tidak suka mendampingi lelaki selain keluarganya. Perkenalan dengan beberapa rakan yang mempunyai kecenderungan yang sama ketika di sekolah menengah dianggap sebagai pendorong untuk dia lebih menyayangi wanita.
Bertubuh kurus dan berdada rata, dia yang bekerja sebagai promoter di sebuah syarikat pemasaran di Seremban, Negeri Sembilan tidak pernah menyesal dengan perjalanan hidupnya.
"Mama dan papa pernah menegur cara saya, tetapi saya jenis anak yang degil. Mereka pernah marah, papa pun pernah pukul saya. Tapi selepas saya lari dan pengsan di sekolah kerana mengelar lengan sendiri, mama dan papa menjadi lebih liberal.



7 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Nur

Subhanallah
Jauhi drp keluarga kita


Wassalam

Ce'gu JAERA said...

minta-minta dijauhkan...

Unknown said...

kita berdoa sama2 k.kadang-kadang kita kutuk diorang kenapa tak berubah?

try fikir kalau bendatu terkena dekat batang hidung sendiri.baru tahu betapa sukarnya untuk berubah.

ini melibatkan nafsu dan naluri.boleh berubah tapi ambil masa yang lama.

doakan mereka dan bimbinglah mereka ke jalan yang benar

nunui Joe said...

Ya Allah..
sgt allergic dgn spesis bgini..

akid said...

Liberal tu pun ok je sebenarnya.. Tapi kalau taknak liberal, kenala tegur baik2.. Ingatkan dia hukum agama

Morey Factory Outlet said...

Hmm.mintak jauh la..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

mintak jauh2 la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...