Nak Souvenier best?

Tarikh Keramat: 11.11.11.

~Cantik kan tarikhnya.. nak booking juga la.. jom..

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata, ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kesukaannya pada nombor itu menyebabkan banyak pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 November tahun ini (11.11.11).
Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas di sini semalam.
Ketika ditanya lanjut selepas program satu jam itu, Najib berkata, tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya 'untuk mengisi masa terluang'.
"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.
Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.
Mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut benar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya tetapi sama ada pilihan raya itu... Wallahhualam."
Terdahulu, beliau menjelaskan buat pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya.
Najib berkata, nombor itu timbul pada beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.
Antaranya Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya, Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan dan UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
Najib menjadi Menteri Besar Pahang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar ke-11 manakala nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11. - Bernama

8 comments:

Far8 budak baik said...

aku bace tapi tak paham..
ak tak minat sgt bab ni..
hehe..x tq bgi tahu gak ann..

Cikwani said...

tak sempat laaa wani nk mengudi kalau betul PRU ni pd 11.11.11 sebab wani cukup umur pd 30.11.... so sad... x sbr nk tunaikan tanggungjwb sbgi pengundi.. dah penat dengar kemelut potilik kat malaysia ni.. huhu

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

lalalalala....

Anisa Hang Tuah said...

yeeaayyy

bole undii sebb dah cukup umurrr

fadh leyanie said...

haritu dengar perdana menteri kita cakap pasal tarikh ni dalam hot fm ^^

Akidazami said...

knp dgn tarikh tu?

Anonymous said...

tarikh chantek utk kawen..hehe

BTS said...

booking jgn tak booking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...