Nak Souvenier best?

...pelarasan gaji kepada lebih sejuta penjawat awam.

~Jom buat kerja sampingan..
KOTA BHARU – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tetap akur jika masalah kewangan dijadikan faktor kerajaan tidak dapat melaksanakan pelarasan gaji kepada lebih sejuta penjawat awam.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pada masa yang sama, kerajaan perlu melihat keperluan untuk berbuat demikian kerana kepentingan kakitangan berjawatan rendah yang terpaksa membuat kerja sampingan.
“Apa pun, kita (CUEPACS) akur dengan kekangan kewangan kerajaan tetapi pada masa yang sama kita perlu melihat dan membantu kakitangan yang berjawatan rendah ini untuk mereka meneruskan kehidupan.
“Kira-kira 20 peratus daripada lebih 700,000 yang berjawatan rendah dilaporkan mula membuat kerja sampingan kerana masalah kewangan yang mereka hadapi,” katanya selepas Majlis Seminar Peranan Penjawat Awam Dalam Transformasi Nasional dan Bengkel Sistem Kompetensi Menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan di sini semalam.

8 comments:

Sheherazade said...

fikirkan la kebajikkan rakyat

harrazdani said...

hari-hari rakyat susah...:-(

Anonymous said...

jangan ingat pekerja sokongan je yg susah..pekerja P&P yang gred J41 pun cukup2 makan je..

Akidazami said...

memang kena buat kerja sampingan.. Tapi nak blame kerajaan pasal bagi gaji kecik pun tak boleh gak..

miezaniera said...

betui2..mmg gaji tk cukup nk tmpung sume kos hidup..kurangkan skit gaji2 menteri tu bg kt rakyat..

Mama Zharfan said...

tak tau bila negara kita akan jd mcm kat UK--purchasing power (kuasa membeli) tinggi kat UK..

JOM vote MZ kalau sudi!

Unknown said...

Apa tak yea...gaji tetap sama tapi barang asyik naik je..tu yg kena kerja sampingan tue.

Azlina said...

org gaji 41 pun kena buat side income even duk luar bdr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...