Nak Souvenier best?

Kena Tipu dengan Gay?..

~Berhati-hatilah ye kawan-kawan.. Nak percaya orang 100% ke di alam maya ni?.. 99% je.. lagi satu peratus simpan untuk diri - sendiri..(Pesanan dari seseorang..)

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki gay menunjukkan kehebatannya apabila dia yang mempunyai rupa paras kacak dan pandai berkata-kata mampu memikat 100 lelaki untuk dijadikan teman seks sebelum mencuri barang-barang berharga mangsanya.

Sasaran suspek yang masih bebas itu melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun hingga 20-an. Mangsa-mangsa dipikat melalui rangkaian laman sosial Facebook dan sebahagiannya menerusi panggilan telefon.

Semalam, tembelang lelaki berusia 20-an yang menggunakan pelbagai nama samaran seperti Kevin, Alvin, Alex dan Elvis itu terbongkar apabila empat mangsa tampil membuat aduan di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA, Wisma MCA sini semalam.

Mengikut maklumat dari Facebook, suspek sehingga kini dipercayai telah berjaya memperdaya seramai 193 mangsa dengan mencuri barang berharga mereka manakala 100 daripada mangsa itu pula mengaku mengadakan hubungan seks dengan suspek itu.

Mangsa-mangsa yang melakukan hubungan seks dengan suspek dikhuatiri dijangkiti HIV (Immunodeficiency virus) ekoran pengakuan suspek dia mempunyai HIV.

Seorang mangsa dari Cheras yang mahu dikenali sebagai Tai, 17, mendakwa, dia mengenali suspek yang menggunakan nama Kevin pada bulan Oktober 2010 melalui sebuah majalah mencari kenalan.



10 comments:

c-tea said...

wah..macam2..kalau macam tu..100 lagi rakyat malaysia mungkin dijangkiti HIV...dasat ahhh...free2 jer dapat penyakit tu

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

gay?? tidakkkk



Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

atau berminat nak join GA saya..--> 2ND GIVEAWAY

Rozali said...

Assalamualaikum Nur

macam2 diakhir zaman ni

minta dijauhi

Wassalam

Taufiq Tiramisu said...

macam macam sekarang ni..mintak dijauhkan daripada manusia macam tu..

entri terbaru : Cara Membuat Tab Menu

SoLy SoLicious said...

eeeuuww.. ade lak lelaki cm 2 eh..

L.E.N.S.A-N.A.N.I said...

minta jauh la dr keturunan kita smua.. amin..

kay_are said...

gay pun xleh caye gak ye zaman sekarang ni.. ahakz

niesz said...

ee..tkut nye, kang x pasal2 kena HIV..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sgt menakutkan...

Gen Fujita said...

Ha ha ha... Dah la kena tipu, duit pulak kena kebas, kena sodok belakang, lepas tu kena HIV pulak tu. Ha ha ha... Guling-guling gelak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...